Mohon tambahan 500,00 tan beras India

PUTRAJAYA 27 Mac – Malaysia berhasrat mengemukakan peruntukan tambahan untuk mengeksport 500,000 tan metrik beras putih dari negara India , kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Katanya, permohonan secara rasmi kepada kerajaan India itu, akan dibuat menerusi saluran diplomatik tidak lama lagi. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar India Dr S Jaishankar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. “Dalam pertemuan sebentar tadi, saya turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peruntukan khas kerajaan India mengeksport…

Read More

Langkah proaktif atasi kesesakan lebuh raya

KUALA LUMPUR 27 Mac – Bagi meminimumkan kesesakan lebuh raya dan melancarkan aliran trafik, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil beberapa langkah proaktif menjelang Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata kerajaan prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya melibatkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Katanya, antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesesakan pengguna di lebuh raya melibatkan penghentian kerja-kerja penyelenggaraan, pengaktifan laluan pintar (Smart Lane) termasuk penyediaan aplikasi digital MyPLUS-TTA oleh syarikat konsensi. “Kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan penutupan…

Read More

Vigneswaran kekal Presiden MIC

KUALA LUMPUR 27 Mac – S A Vigneswaran kekal sebagai Presiden MIC untuk penggal ketiga apabila menang tanpa bertanding sebaik tempoh pencalonan bagi pemilihan kepemimpinan baharu parti itu ditutup pukul 12 tengah hari ini. Pemilihan semula Vigneswaran bagi mengekalkan jawatan itu diumumkan Timbalan Presiden MIC,  M Saravanan di ibu pejabat parti itu hari ini. “Tahniah diucapkan kepada Tan Sri SA Vigneswaran yang telah mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC bagi penggal 2024 hingga 2026,” menurut kiriman di Facebook MIC hari ini. Keputusan itu selari dengan resolusi dipersetujui perwakilan parti ketika Perhimpunan…

Read More