Surcaj 10 peratus bantu pengusaha bas

PUTRAJAYA 22 Mac –  Kerajaan membenarkan pengusaha bas ekspres mengenakan surcaj 10 peratus sempena perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Katanya, kerajaan membenarkan surcaj itu sejak 20 tahun lalu seminggu sebelum dan seminggu selepas perayaan. Ia bertujuan membantu pengusaha menambah kapasiti bas dengan menyewa bas tambahan dan membayar elaun serta bayaran tambahan kepada pekerja. “Sekiranya terdapat syarikat atau pengusaha yang mengenakan lebih daripada 10 peratus, aduan boleh dibuat kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan siasatan akan diadakan,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.…

Read More

135 tiket kereta api sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA 22 Mac –  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 135,000 tiket kereta api termasuk ETS dan tren biasa sempena musim perayaan Aidilfitri ini bermula 4 hingga 15 April ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, enam tren ETS membabitkan masing-masing dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral,  KL Sentral-Butterworth -KL Sentral dan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata, perkhidmatan tambahan ETS itu menawarkan 1,260 tiket sehari, menjadikan jumlah keseluruhan tambahan sebanyak 15,120 tiket termasuk tren ekspres. Bagi penumpang ke Pantai Timur, KTMB menyediakan dua…

Read More

McDonald’s tarik balik saman

KUALA LUMPUR 22 Mac – McDonald’s Malaysia akan menarik balik saman fitnah jenamanya terhadap kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) Malaysia, kata Pengarah Urusannya dan rakan operasi tempatan, Azmir Jaafar. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, saman itu difailkan untuk memastikan kedudukan McDonald’s Malaysia mengenai konflik Timur Tengah diterangkan dengan jelas. “Dengan hasil positif pengantaraan dan penjelasan yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan mereka baru-baru ini mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman undang-undang itu,” katanya. Menurutnya, pendirian…

Read More

Benih padi boleh tuai bawah 80 hari

KUALA LUMPUR 22 Mac – Kerajaan akan memperkenalkan benih padi yang boleh dituai dalam tempoh bawah 80 hari bagi mencapai kadar sara diri (SSR) sebanyak 100 peratus bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood, berkata ketika ini negara mempunyai benih padi yang boleh dituai dalam tempoh 110 hari. Katanya , berbanding dengan negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam, mereka sudah menanam padi bagi tiga hingga empat kali tuaian dalam tempoh setahun. Pada masa yang sama, keluasan sawah…

Read More