Lagi serangan ketika menunggu bantuan

GAZA: Dua serangan berasingan Israel di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam kejadian pertama, lapan orang terbunuh dalam serangan udara ke atas pusat pengedaran bantuan di kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Ini diikuti , sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera akibat tembakan Israel ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan di bulatan utara Gaza.

Di Deir Al-Balah, juga di tengah Gaza, bedilan peluru berpandu Israel memusnahkan sebuah rumah, menyebabkan sembilan penghuninya terbunuh.

Pengeboman udara dan darat Israel berterusan semalaman di seluruh kawasan itu, termasuk di selatan Rafah di mana lebih sejuta pelarian berpindah untuk berlindung.

Perang bermula dengan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel, menyebabkan 1,200 orang terbunuh dan 253 diculik sebagai tebusan, mengikut pihak berkuasa Israel.

Setakat ini lebih 31,000 penduduk Palestin terkorban dan lebih 71,500 mangsa, cedera.

Nnn

Related posts

Leave a Comment