Sultan Sharafuddin tamatkan tugas Pengerusi MKI 9 Mac

SHAH ALAM 7 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tamat tempoh 9 Mac ini. Menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih pengerusi baharu dalam kalangan Raja Pemerintah agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI dapat diteruskan. Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat serta wakil-wakil negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku Sekretariat MKI atas pelaksanaan tugas…

Read More

Pelik, di mana beras tempatan?

KUALA LUMPUR 7 Mac – Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sesuatu yang pelik apabila beras tempatan ‘hilang dari pasaran’ sedangkan negara mengeluarkan 62 peratus makanan ruji itu, manakala tidak sampai 30 peratus adalah beras import Ahli Parlimen Bera itu mendakwa, senario itu melibatkan kartel yang mengawal pasaran beras tempatan negara. “Saya difahamkan banyak beras tempatan hanya ditukar kampit sahaja kepada import. Mereka membuat keuntungan yang tinggi,” katanya semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. Justeru beliau menggesa supaya kerajaan segera menghapuskan kartel seperti mana…

Read More

PBSL: Ismail Sabri minta penjelasan rayuan Najib

KUALA LUMPUR 7 Mac – Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan memberi penjelasan terhadap rayuan Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjaranya di rumah menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau difahamkan rayuan sedemikian sudah dikemuka kepada lembaga pengampunan yang bersidang sebelum ini. “Selain rayuan pengampunan, saya difahamkan ada lampiran untuk membuat rayuan supaya beliau ditukarkan tempat tahanan dari tahanan di (Penjara) Kajang ke tahanan di rumah. Jadi soalan saya, apakah ini benar atau tidak. Kalau ianya benar, apakah ianya dibincangkan sewaktu…

Read More

Pemimpin perlu hati-hati keluar kenyataan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 7 Mac – Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum perlu dijaga supaya ia tidak menimbulkan polemik yang berpanjangan, kata  Ismail Sabri Yaakob (BN Bera) di Dewan Rakyat hari ini. Bekas Perdana Menteri itu berkata, adalah menjadi tanggungjawab besar pemimpin supaya lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan khususnya dalam menghormati penduduk asal yang merupakan majoriti di negara ini. “Kenyataan seperti mengangkat Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO dan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan tidak akan mengukuh integrasi kaum malah boleh menimbulkan polemik yang berpanjangan,” katanya. Ketika membahaskan Usul…

Read More

5,187 permohonan kewarganegaraan dapat keputusan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Sebanyak 5,187 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sudah dikeluarkan keputusannya oleh kerajaan dalam tempoh setahun. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jumlah permohonan itu dikeluarkan bagi tempoh Disember 2022 hingga Disember tahun lalu. Katanya , jumlah itu susulan kerajaan menambahbaik prosedur dengan memendekkan tempoh proses permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daripada setahun kepada tiga bulan sejak 2020 lalu. “Di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula, tempohnya adalah lapan bulan berbanding tiga hingga lima tahun sebelum ini. “Permohonan taraf kewarganegaraan…

Read More

ADUN Dengkil nafi sokong MB Selangor

SEPANG  7 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Jamil Salleh menolak dakwaan bahawa beliau antara wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang akan turut memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor. Katanya, laporan tular itu mengaitkan dirinya dan beberapa orang ADUN dan bagi pihaknya ia adalah tidak benar. “Sebagai wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat khususnya di DUN Dengkil, saya akan terus menjadi semak imbang terhadap Kerajaan Negeri supaya lebih telus dan berintergriti dalam mentadbir kerajaan untuk rakyat Selangor. “Dakwaan bahawa saya akan membelakangkan pendirian parti dan menyokong Menteri…

Read More