Isteri Taib Mahmud lapor polis

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Raghad Kurdi Taib mempertimbangkan untuk mendakwa Hospital Normah, di mana Abdul Taib Mahmud dirawat di Kuching, “jika perlu” susulan laporan yang mendakwanya melarikan suaminya dari hospital berkenaan. Beliau juga menjelaskan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa beliau telah mengeluarkan suaminya, bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu dari hospital tanpa kebenaran doktor. Dalam satu kenyataan hari ini, Raghad bagaimanapun tidak mendedahkan bila dan di mana beliau membuat laporan polis. “Saya telah membuat laporan polis untuk menolak dakwaan yang tidak berasas ini dan melindungi privasi Tun…

Read More

Sisa ternakan babi disyaki punca pencemaran

ALOR SETAR: Sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang dipercayai punca yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sebelum itu menerima maklumat berkaitan pencemaran itu Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian. Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata! pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim. Susulan itu pasukan penyiasat bertindak…

Read More

UMNO Beaufort mahu kerusi Klias, Kuala Penyu

BEAUFORT 18 Feb. – Mesyuarat jawatankuasa UMNO Bahagian Beaufort semalam memutuskan untuk bertanding dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ketuanya,  Awang Aslee Lakat, berkata, UMNO bahagian berharap UMNO Pusat mempertimbangkan hasrat ahli yang mahu UMNO bertanding di dua kerusi dalam Parlimen Beaufort itu. Ketika ini kedua-dua DUN berkenaan disandang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diwakili Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), manakala Parlimen Beaufort disandang wakil UMNO. Kerusi DUN Klias pernah menjadi kubu kuat UMNO Barisan Nasional…

Read More

Kanak-kanak ditinggal dalam kereta

LIPIS 18 Feb. – Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terperangkap dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya mini dekat sini kira-kira pukul 3 petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis, Haslizan Ramli, berkata seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mendapati seorang kanak-kanak terperangkap dalam kereta Proton Saga. “Kanak-kanak itu tertidur dalam kereta yang dikunci dari dalam dengan enjin masih hidup ketika penjaganya membeli-belah di premis berdekatan,” katanya. Katanya, usaha mengejutkan kanak-kanak berkenaan gagal dan anggota bomba…

Read More

Kawasan khas merokok di premis makanan

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk memperkenal kawasan khas merokok berhampiran premis makanan yang berada di kawasan sempit atau berdekatan, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, contohnya premis makanan di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini,  penekanan diberi kepada keperluan untuk ruang ditetapkan seperti dilakukan di Singapura dan Jepun. “Kami sedar penguatkuasaan mengekalkan jarak tiga meter (kawasan merokok dengan premis makanan) memberi sedikit cabaran terutama di kawasan sesak. “Jika kita mahu mematuhi garis panduan itu, jaraknya sudah hampir mencapai tiga meter atau 10 kaki.…

Read More