Insentif RM20,000 tandas masjid, surau terbaik

PUTRAJAYA 16 Feb. – Sebanyak RM120,000 diperuntukkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)sebagai insentif kepada enam masjid dan surau, terbaik dalam pengurusan tandas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata insentif RM20,000 setiap satu itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten. “Kempen kebersihan ini adalah sebahagian program yang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)  adakan untuk memastikan lebih ramai ahli kariah akan datang untuk tunaikan solat. “Kempen ini kami mulakan dan…

Read More

73,000 pendeposit langgan takaful TH Khairat

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Lebih 73,000 pendeposit telah melanggan perlindungan takaful TH Khairat dalam tempoh enam bulan sejak ia dilancarkan akhir Julai lalu, kata Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab. Beliau berkata, pendeposit boleh mendaftar dan melanggan takaful TH Khairat dengan memilih kedua-dua pengendali takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful). “Alhamdulillah, dengan persetujuan bersama pengendali Takaful, pendeposit kini boleh mendaftar dengan kedua-dua pengendali Takaful. Penerima manfaat boleh menuntut manfaat kewangan RM12,000 daripada kedua-duanya menjadikan jumlah perlindungan…

Read More

Bank Islam, Andalusia tawar kemudahan tunai haji, umrah

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bank Islam menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembiayaan peribadi bagi membantu jemaah haji dan umrah mencukupkan simpanan mereka untuk perjalanan ke Tanah Suci. Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit Bank Islam, Mizan Masram, berkata institusi kewangan itu menawarkan jumlah minimum pembiayaan RM10,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 10 tahun. “Sebagai pelopor Kewangan Islam di negara ini, kami amat berbangga untuk menjadi hab penyelesaian kewangan sehenti melalui penyediaan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan yang berhasrat menunaikan umrah dan haji. “Kami membantu mencukupkan…

Read More

Perancangan kewangan bantu tunai umrah, haji

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Setiap umat Islam harus beriltizam untuk menunaikan ibadah umrah dan haji sekali seumur hidup melalui perancangan kewangan yang lebih awal dan teratur serta ketika usia masih muda. Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), Ida Riswana Idris, berkata, perancangan itu membolehkan jemaah mengerjakan ibadah dalam keadaan tenang dengan kekuatan fizikal dan sihat. Justeru kolaborasi antara Andalusia dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dijangka membuka peluang lebih ramai umat Islam termasuk orang muda memenuhi impian untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.…

Read More