Bank Islam, Andalusia tawar kemudahan tunai haji, umrah

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bank Islam menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembiayaan peribadi bagi membantu jemaah haji dan umrah mencukupkan simpanan mereka untuk perjalanan ke Tanah Suci.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit Bank Islam, Mizan Masram, berkata institusi kewangan itu menawarkan jumlah minimum pembiayaan RM10,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 10 tahun.

“Sebagai pelopor Kewangan Islam di negara ini, kami amat berbangga untuk menjadi hab penyelesaian kewangan sehenti melalui penyediaan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan yang berhasrat menunaikan umrah dan haji.

“Kami membantu mencukupkan simpanan ke Tanah Suci melalui kemudahan pembiayaan peribadi sehingga kemudahan pembelian tanpa tunai menerusi Kad Debiti Bank Islam Visa Tabung Haji dan Kad Kredit-i Bank Islam.

“Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haj diperkenalkan pada tahun 2020. la mempunyai ciri khas yang membolehkan pelanggan melakukan urusan perbankan Akaun Tabung Haji di semua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) di sini hari ini.

Bank Islam diwakili Pengarah Perbankan Runcit dan Pengagihan, Zamree Mohamed manakala Andalusia diwakili Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang, Ida Riswana Idris dengan disaksikan Mizan dan Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin.

Menurut Mizan, usaha sama ini merupakan satu lagi usaha Bank Islam untuk memudahkan urusan pelanggan dan jemaah haji dan umrah di Tanah Suci seiring dengan tagline “Urusan Dipermudah, Lebih Tenang Beribadah”.

Pada masa yang sama, ia juga memberi galakan kepada generasi muda untuk menyegerakan ibadah Haji dan umrah ketika masih muda.

Pakej pembiayaan peribadi ini turut memberi peluang bayaran balik secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing di samping menggalakkan pelanggan mengambil Pelan Takaful bagi Pembiayaan Peribadi-i.

“Sekiranya berlaku kematian semasa jemaah berada di Tanah Suci, jumlah Pembiayaan Peribadi tersebut akan dilangsaikan melalui Takaful dan waris yang ditinggalkan tidak menanggung hutang tersebut,” katanya.

Beliau juga memberitahu, kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji diperkenalkan pada tahun 2020 yang mempunyai ciri khas yang membolehkan pelanggan melakukan urusan perbankan Akaun Tabung Haji di semua ATM Bank Islam.

“Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai tawaran menarik di saudagar terpilih Bank Islam dan Visa selain pengecualian Fi pengeluaran tunai di Arab Saudi semasa Musim Haji,” katanya.

Bank Islam juga melancarkan Kempen Tabung Haji Visa Debit KADi & Al Awfar 2024, bagi pelanggan yang melanggan kad debit-i tersebut dari 1 Januari 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Kempen ini menawarkan hadiah-hadiah menarik bernilai RM180,000 di mana pemenang berpeluang membawa pulang pakej umrah bernilai RM10,000 setiap seorang untuk lima pelanggan terpilih.

Mereka juga boleh membawa dua orang ahli keluarga untuk turut sama menunaikan umrah di samping 10 pelanggan terpilih juga akan membawa pulang wang tunai RM2,000 setiap seorang atau RM500 untuk 20 orang pemenang.

Melalui Akaun Pelaburan Al-Awfar pula, pelanggan berpeluang memenangi hadiah tahunan bernilai lebih RM18 juta melalui 15 kategori yang disediakan.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment