Pelabur baharu MYAirline perlu penuhi syarat

SEPANG 7 Feb. – Kementerian Pengangkutan sudah bertemu pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd dan sebarang keputusan komersial terserah sepenuhnya kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan itu, kata menterinya Anthony Loke. Beliau berkata pelabur terbabit perlu mematuhi semua proses dalam syarat peraturan iaitu dari segi permohonan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Katanya, semua permohonan mereka hendaklah dikemukakan mengikut prosedur biasa untuk kelulusan teknikal. “Bagaimanapun, pada ketika ini kita belum mendengar sebarang permohonan daripada mereka,” katanya selepas pelepasan penumpang Batik Air ke Sibu dari Lapangan…

Read More

Tol percuma, pengurangan had laju

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Sempena Tahun Baharu Cina, pengguna lebuh raya membabitkan Kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari esok, 8 Februari dan Jumaat, 9 Februari. Pada masa yang sama, pengurangan had laju akan dilaksanakan di semua Jalan Persekutuan di Malaysia, daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j, berkuat kuasa esok sehingga 13 Februari ini. Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan perkara itu dalam dua kenyataan berasingan hari ini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina Cina pada Sabtu dan Ahad ini. Menurut KKR, pemberian…

Read More

Taib Mahmud dirawat di kediaman Demak Jaya

KUCHING 7 Feb. – Doktor dan jururawat daripada Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya ditempatkan di kediaman bekas Yang Dipertua Negeri, Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini. Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, berkata doktor dan jururawat daripada pusat perubatan berkenaan disediakan bagi merawat serta memantau keadaan tokoh berusia 87 tahun itu. Beliau mengakui kesihatan bekas Ketua Menteri yang berkhidmat selama 33 tahun sejak 1981 hingga 2014 itu agak merosot, namun keadaannya baik. “Ya beliau memang sakit, tetapi okay. Beliau kini sedang menerima rawatan di rumah dan kita…

Read More

Rampasan minuman keras, rokok RM98.7 juta

KUCHING 7 Feb. – Polis mencatat nilai rampasan minuman keras dan rokok terbesar bernilai RM98.7 juta termasuk cukai dalam Op Taring Alpha yang diadakan di sini, semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata. Katanya, seramai lapan lelaki tempatan berusia 22 hingga 67 tahun turut ditahan pada serbuan yang dijalankan di tiga premis berasingan di Jalan Setia Raja, Jalan Padungan dan Kota Sentosa. Beliau berkata,  serbuan dilakukan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDKNA), Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am…

Read More

2.4 juta dijangka guna lebuh raya sehari

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.4 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya sehari sempena cuti Tahun Baharu Cina bermula esok. Daripada jumlah itu, sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), 199,000 dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak; Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 (106,000) dan Pantai Timur Fasa 2 (61,000). Bagi menghadapi peningkatan trafik, LLM dalam kenyataannya mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya melakukan persediaan rapi supaya perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan,” katanya. LLM berkata, langkah yang diambil…

Read More

Najib mahu mohon pengampunan penuh

KUALA LUMPUR 7 Feb . – Pihak pembelaan Najib Razak berhasrat untuk membuat permohonan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bagi bekas Perdana Menteri berkenaan ke atas hukuman membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd. Peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada anak guam untuk berbuat demikian. “Saya mesti ulangi, anak guam saya tidak benar-benar gembira dengan keputusan dia tidak mendapat pengampunan penuh. Kami sedang menunggu arahan daripada anak guam saya untuk membuat permohonan terbaharu,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah…

Read More

Kadar tarif air kedua terendah

TANJONG 7 Feb. – Purata kenaikan tarif air di Pulau Pinang adalah yang kedua terendah di Malaysia selepas Terengganu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan. Beliau berkata, purata kadar baharu untuk penggunaan domestik air sehingga 35 meter padu (m3) sebulan ialah 86 sen bagi setiap m3 iaitu 1,000 liter dan caj minimum setiap bulan ialah RM6.20. Kadar air domestik baharu mula dibilkan di Pulau Pinang berkuat kuasa 1 Februari lalu iaitu selaras dengan peraturan Kerajaan Persekutuan baharu yang diterbitkan pada 31 Januari lalu. “Data…

Read More

Israel teliti tindak balas Hamas

GAZA: Israel masih meneliti tindak balas Hamas terhadap usul menghentikan  pertempuran di Gaza, selepas Qatar sebagai pengantara utama menyatakan kumpulan itu memberikan jawapan ‘positif’ kepada kandungan yang dicadangkan. Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Mohammed Abdulrahman Al-Thani, berkata pihaknya menerima jawapan daripada Hamas berhubung rangka kerja umum perjanjian berkenaan dengan tebusan. “Jawapan itu termasuk beberapa komen, tetapi secara umum ia adalah positif,” katanya selepas bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken  di Doha. Sementara itu, Hamas mengesahkan ia menyampaikan maklum balasnya terhadap cadangan yang dikeluarkan seminggu lalu di Paris antara…

Read More

McD akui kemerosotan jualan

CHICAGO : Restoran makanan segera, McDonald’s mengakui perang di Gaza antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan syarikat itu mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun. Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski berkata, perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia. “Selagi konflik dan perang ini berterusan … kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang peningkatan yang ketara dalam situasi (jualan) ini,” kata Kempczinski. Memetik laporan Al Jazeera, beliau dilaporkan berkata, ia adalah tragedi kemanusiaan, dan apa…

Read More