RAWALPINDI : Parti bekas Perdana Menteri, Imran Khan menggunakan media sosial dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk kempen pilihan raya Pakistan bagi menarik sokongan rakyat selepas berdepan sekatan.
Pakistan Tehreek-e-Insaaf (PTI) pimpinan Khan yang sedang menjalani hukuman penjara dilarang daripada berkempen selain tidak dibenarkan muncul di televisyen.
Khan di penjara menjelang bermulanya kempen pilihan raya manakala parti pimpinannya, Pakistan Tehreek-e-Insaaf (PTI) dilarang daripada berkempen selain tidak dibenarkan muncul di televisyen.
Badan pemantau kebebasan internet Pakistan, Bytes 4 All merekodkan penutupan media sosial selama empat jam pada bulan lalu dengan memotong akses kepada TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube manakala PTI pimpinan Khan distrim secara langsung kepada penyokongnya.
Kerajaan kemudian menyalahkan ketiadaan bekalan tenaga sebagai punca dengan mengaitkan ia `kesukaran teknikal’
Laman sesawang utama PTI juga disekat bulan lalu, tetapi dalam beberapa jam, muncul laman sesawang palsu untuk mengelirukan pengundi.
Khan dalam pada itu berkata kempen menentang beliau itu adalah sebagai usaha kerajaan dan tentera untuk menghalang daripada kembali berkuasa selepas penganalisis berkata beliau tidak lagi sealiran dengan Jeneral Tentera – penentu kuasa di Pakistan.
PTI ketika ini masih kekal jauh di hadapan pesaingnya menerusi kempen dalam talian dengan penduduk muda Pakistan selain berpuluh-puluh juta menonton strim langsung mereka.
