Rozi, Onn Hafiz ketuai BN Terengganu, Johor

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju melantik Rozi Mamat dan  Onn Hafiz Ghazi masing-masing sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Terengganu dan Johor. Setiausaha Agung BN,  Dr Zambry Abdul Kadir, berkata mesyuarat hari ini juga melantik Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian-bahagian berdasarkan fasal 24(A). Zambry yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, mesyuarat juga membincangkan dan bersetuju beberapa perkara penting lain berkait rapat perkembangan semasa negara. Antaranya BN dengan takzimnya merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan pada 31…

Read More

73 lagi tahanan PATI masih diburu

TAPAH 5 Feb. – Sehingga pukul 8 malam ini, sebanyak 56 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor Khamis lalu ditahan, 73 lagi masih diburu manakala dua lagi maut dalam kemalangan jalan raya. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, pada tengah hari ini, hasil maklumat orang awam, dua lagi ditahan di ladang kelapa sawit di Sungkai. Beliau memberitahu, tangkapan tahanan PATI itu dibuat sekitar kawasan pentadbiran Tapah membabitkan kawasan Sungkai, Bidor dan Tapah. “Kami percaya tahanan yang lolos masih berada di kawasan…

Read More

Polis siasat kes Taib dibawa keluar hospital

KUCHING 5 Feb. – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian bekas Yang di-Pertua Negeri,  Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta, di sini, tengah malam tadi. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata berkata siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. “Pihak polis kontinjen Sarawak telah terkesan satu posting tular membabitkan bekas TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dimuat naik di media sosial. “Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan…

Read More

Tegur ahli keluar kenyataan hina Agong

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP diminta menegur ahli-ahlinya yang didakwa mengeluarkan kenyataan sehingga menghina Yang di-Pertuan Agong, berhubung keputusan pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mereka juga perlu menggesa individu berkenaan supaya menurunkan semua tulisan berkaitan di media sosial serta membuat permohonan maaf. “Saya minta agar ketua parti menegur ahli-ahli parti yang berkenaan itu, untuk menarik balik, memadam tulisan mereka dan memohon maaf atas keterlanjuran itu. “Saya harap perkara itu akan dapat…

Read More

Lantik 50 peratus ahli majlis profesional

KLANG 5 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan agar separuh daripada Ahli Majlis dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) terdiri dalam kalangan golongan profesional yang pakar dalam bidang tertentu. Baginda berpandangan, Ahli Majlis bukan hanya melibatkan ahli politik, tetapi juga memerlukan golongan profesional dalam menyumbang kepada pembangunan sesebuah bandar. “Ahli -ahli majlis juga perlu menggambarkan komposisi kaum dan populasi sesuatu kaum yang menetap di Bandaraya Klang agar semua kaum dapat diwakili oleh wakil mereka mengikut jumlah yang berpadanan dengan sesuatu kaum,” titah baginda. Baginda bertitah demikian selepas…

Read More

60 soalan dikemuka kepada Tony Pua

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Sebanyak 60 soalan dikemukakan kepada bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini. Soalan-soalan itu melibatkan lima status media sosialnya yang disiasat susulan tindakannya memuat naik hantaran bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurangan hukuman diberikan kepada beka Perdana Menteri Najib Razak. Beliau yang ditemui selepas memberi keterangan memaklumkan kepada media bahawa, polis juga akan merampas sebuah komputer riba miliknya, yang akan diberikan kemudian, selain turut meminta akses kepada laman…

Read More

KM Pulau Pinang perbetul angka Guan Eng

TANJONG 5 Feb. – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menjelaskan kos penuh sebanyak RM247 juta bagi projek Gurney Bay termasuk Fasa Pertama dan Dua hanya akan dibelanjakan apabila semua komponen projek siap menjelang 2026. Beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi memaklumkan, kerajaan negeri hanya membayar sebanyak RM58 juta untuk kerja-kerja yang telah disiapkan di taman rekreasi berkenaan setakat 31 Disember lalu. “Merujuk kenyataan dikeluarkan menerusi laman Facebook Yang Berhormat Lim Guan Eng hari ini, kerajaan negeri Pulau Pinang dengan ini ingin menegaskan bahawa terdapat kesilapan berhubung…

Read More

Status bandar raya dorong perkhidmatan lebih cekap

KLANG 5 Feb. – Pengiktirafan Klang sebagai bandar raya perlu menjadi dorongan kepada pihak berkuasa menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen, kemudahan prasarana dan utiliti awam yang lebih baik serta menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap, berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian status bandar raya sekiranya masalah keperluan asas rakyat pun tidak dapat diurus dengan baik. Justeru titah baginda, demi kesejahteraan rakyat di Klang, perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang perlu segera dilaksanakan termasuk mengambil serius keperluan asas rakyat…

Read More

Pengampunan: DAP perlu nyatakan pendirian isu berkaitan

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kepimpinan DAP perlu menyatakan pendirian terhadap beberapa isu berkaitan dan penting susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Bekas ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, berkata, DAP perlu menyemak semula pendirian parti terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menjadi sebahagian kempen ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan 2022. Beliau menyifatkan, pengurangan hukuman terhadap Najib, mungkin dilihat sebagai kompromi dibuat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) bagi menenangkan penyokong Najib dalam UMNO. “Tetapi ini…

Read More

Hentikan perbahasan isu pengampunan

PUTRAJAYA 5 Feb. – Semua perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung isu Lembaga Pengampunan membabitkan Najib Razak, perlu dihentikan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ini kerana keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman kepada Najib itu muktamad dan dibuat atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong. “Kita faham orang mempunyai pandangan kuat dan tegas. Jadi, kita beri laluan sedikit tetapi selepas penjelasan dibuat, ia harus dihentikan. Yang di-Pertuan Agong memutuskan keputusannya itu muktamad atas pertimbangan yang besar, bukan undang-undang. Kerana itu, proses kehakiman dan pertimbangan utama adalah soal ihsan. Jadi, sama…

Read More