PM terima kunjungan Jusuf Kalla

PUTRAJAYA 27 Okt. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Anwar berkata, mereka membincangkan perkembangan isu Palestin yang menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.

“Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti ilmu dan keagamaan.

“Ia juga seiring peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Perdana Menteri berharap pertemuan itu akan meneruskan legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.

Related posts

Leave a Comment