BAITULMAQDIS: Agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan kebimbangan kemungkin menutup operasinya di seluruh tantau itu susulan pemotongan dana antarabangsa.
Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata ‘jika pembiayaan masih digantung, kemungkinan besar pihaknya terpaksa menutup operasi pada akhir Februari bukan sahaja di Gaza tetapi juga di seluruh wilayah’.
Beberapa negara penderma utama kepada UNRWA berkata, mereka akan menggantung pembiayaan selepas Israel mendakwa 12 kakitangan agensi mengambil bahagian dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.
Negara penderma itu termasuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis, Britain, Finland dan Jepun..
Philippe Lazzarini, dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menamatkan serta-merta kontrak kakitangan berkenaan jika didapati terlibat.
Susulan itu, UNRWA memecat beberapa pekerja didakwa Israel ada peranan dalam serangan 7 Oktober bagi melindungi keupayaan agensi untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan
Sementara Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan negara penyumbang.
