CAMERON HIGHLANDS 27 Jan. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan malam ini selepas dua mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands ditemukan pada pukul 6.10 petang dan 6.50 petang. Kedua-duanya dikenal pasti sebagai Shing Law Har, 56, dan wanita, Om Myu, 37. dengan selang lima meter, menjadikan semua mangsa sudah ditemukan. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli, mengumumkan operasi SAR ditamatkan selepas operasi bermula kira-kira pukul 3 pagi semalam. Bercakap pada sidang media malam ini, beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan di…
Read MoreDay: January 27, 2024
Koperal Mazlan naik pangkat sarjan
PORT DICKSON 27 Jan. – Koperal Mazlan Abdul Rahman, anggota tentera yang menyelamatkan dua mangsa kejadian terjatuh laut di Jambatan Pulau Pinang, dinaikkan pangkat kepada sarjan. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, hari ini. Perwira Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) itu turut dianugerahkan Pisau Tentera Darat sebagai pengiktirafan dan penghormatan atas keberaniannya. Muhammad Hafizuddeain berkata, keberanian Mazlan satu teladan yang baik dan amat membanggakan Tentera Darat. “Apa yang dilakukan itu menunjukkan teladan bagaimana seorang…
Read MoreMalaysia sokong penuh keputusan ICJ
PUTRAJAYA 27 Jan. – Malaysia menyokong penuh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan supaya Israel bertanggungjawab atas kekejaman, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Luar berkata, keputusan itu selaras dengan gesaan Malaysia yang berpendirian kekejaman Israel di Gaza mesti dihentikan. “Malaysia menyambut baik keputusan ICJ dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948 yang mengarahkan Israel segera mengambil langkah berikut: (i) mencegah genosid di Gaza, selaras dengan tanggungjawabnya di bawah…
Read MoreNetanyahu pula anggap “keterlaluan “
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas kes Afrika Selatan terhadapnya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai “keterlaluan”, selepas hakim memutuskan Israel mesti bertindak untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai (genosid). “Tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang dilemparkan terhadap Israel bukan sahaja palsu, ia keterlaluan, dan orang yang baik di mana-mana harus menolaknya,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video. Sementara itu di THE HAGUE, menteri hubungan antarabangsa Afrika Selatan Naledi Pandor menggesa Israel menghentikan pertempuran di Semenanjung Gaza yang terkepung jika ia mahu mematuhi perintah ICJ. “Bagaimana anda memberikan bantuan dan air tanpa gencatan…
Read MoreICJ arah hentikan pembunuhan beramai-ramai
THE HAGUE: Israel diperintahkan mengambil tindakan mencegah pembunuhan beramai-ramai (genosid) dalam konfliknya di Semenanjung Gaza, selain menggesa gencatan senjata segera. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam keputusan bagi kes difailkan Afrika Selatan, berkata Israel juga perlu mengambil langkah untuk memperbaiki situasi kemanusiaan bagi orang awam Palestin di kawasan berkenaan. ICJ mengiktiraf hak Palestin di Gaza perlu dilindungi daripada tindakan genosid. Menerusi keputusan itu, 15 daripada 17 panel hakim ICJ memilih langkah kecemasan merangkumi sebahagian besar permintaan Afrika Selatan, termasuk gesaan menghentikan operasi ketenteraan Israel di Gaza. ICJ juga menyuarakan ‘kebimbangan’ berhubung…
Read More