Tarif air meningkat 25 sen satu meter padu

JOHOR BAHRU 18 Jan. – Tarif baharu air di negeri ini meningkat 25 sen kepada RM1.05 satu meter padu mulai bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd, Muhamad Faizal Aliar. Beliau berkata, kali terakhir pelarasan tarif air itu adalah pada tahun 2015, iaitu sembilan tahun yang lalu. Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata, bagi penggunaan kategori domestik (meter individu), penggunaan dari 0 meter padu sehingga 20 meter padu adalah daripada 80 sen kepada RM1.05 untuk satu meter padu. Bagi penggunaan 20 hingga 35 meter padu naik…

Read More

Indonesia hantar kapal bantuan kemanusiaan

JAKARTA 18 Jan. – Indonesia hari ini menghantar kapal bantuan hospital KRI dr. Radjiman Wedyodiningrat-992 untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada warga Gaza. Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto melepaskan kapal dari Komando Trafik Laut Tentera Laut Indonesia itu pada satu majlis pagi ini. “Semoga bantuan yang kita kirim hari ini bisa sampai tujuan dengan aman dan lancar serta bermanfaat untuk saudara-saudara kita di sana,” katanya melalui Facebooknya. Kapal itu membawa bantuan, seperti makanan, pakaian, air mineral, dan ubat-ubatan, dari Jakarta ke Al Arish, sebuah bandar di Mesir yang bersempadan dengan Rafah…

Read More

Titik tengah Semenanjung di Temerloh

TEMERLOH 18 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia di Kampung Paya Siput, Lanchang di sini. Mercu tanda Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) dibangunkan antara lain sebagai usaha Tourism Pahang dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mencipta destinasi pelancongan baharu di daerah ini. Seri Paduka bertitah kawasan berkenaan yang dilengkapi mercu tanda khas, berpotensi dijadikan lokasi pelancongan pendidikan sekali gus dapat merancakkan sektor pelancongan negeri, khususnya Temerloh. “Ia satu mercu tanda pendidikan di sini, semua rakyat mesti…

Read More

Negeri usul pelarasan tarif air

CYBERJAYA 18 Jan. – Kerajaan bersetuju membenarkan pelarasan tarif air di semua negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan dibuat selepas mendapat permintaan daripada semua pihak berkaitan iaitu kerajaan-kerajaan negeri. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pelarasan itu diusulkan dalam mesyuarat bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. “Sudah dijelaskan oleh semua pihak bahawa semua negeri meminta kita menaikkan (tarif air). “Dalam mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri, ada negeri tidak naikkan (tarif air) lebih 40 tahun, jadi mereka mengusulkannya dan Kerajaan Persekutuan setuju,” katanya pada sidang media di sini,…

Read More

Kelantan tarik balik darjah kebesaran Agus

KOTA BHARU 18 Jan. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. Menurut Warta Kerajaan, bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi ini memaklumkan Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011 dan penarikan balik itu berkuat kuasa pada 2 Disember lalu. “Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi…

Read More

“Saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks,”

KUALA LIPIS 18 Jan. – “Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks,” titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda secara peribadi menyifatkan penampilan istimewa membaca berita buat kali pertama semalam, sebagai kaku. “Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah ‘practice’ banyak kali, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam bilik itu (studio berita) sejuk sekali. Kalau tak percaya, eloklah lawat bilik berita,” titah baginda. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja semasa mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran…

Read More

Dakwaan rasuah: Iswaran lepas semua jawatan kerajaan, parti

SINGAPURA 18 Jan. –  Seorang ahli politik Singapura, S Iswaran meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti selepas beliau didakwa di mahkamah hari ini dengan 27 pertuduhan termasuk dua kes rasuah. Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, Iswaran meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan sebagai Anggota Parlimen bagi GRC West Coast. Dalam satu kenyataan hari ini, Hsien Loong mengesahkan Iswaran sudah meletak jawatan daripada Kabinet dan Parlimen, menerusi surat peletakan jawatan bertarikh 16 Januari, selepas menerima notis rasmi pendakwaan terhadapnya. Sebelum ini, Perdana Menteri mengarahkannya…

Read More

1.2 juta rakyat Malaysia daftar PADU

PUTRAJAYA 18 Jan. – Setakat tengah malam tadi, seramai 1,214,859 rakyat di negara ini sudah mengemas kini pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang bermula pada 2 Januari lalu. Menurut data yang dikeluarkan dalam laman rasmi Facebook PADU, daripada jumlah berkenaan, Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi dengan 243,851 orang, diikuti Sarawak (137,036) dan Johor (128,193). Perak merekodkan 107,448 pendaftaran, diikuti Sabah 94,541, Kedah (77,557), Kelantan (63,060), Pahang (59,088), Negeri Sembilan (58,787), Melaka (38,134), Perlis (12,249), Wilayah Persekutuan (6,176) dan paling rendah Labuan (3,258). Sistem PADU sebelum ini dibuka pendaftaran kepada seluruh…

Read More

AS$15 bilion bina semula rumah di Gaza

DAVOS :  Sekurang-kurangnya AS$15 bilion diperlukan untuk membina semula rumah di Gaza susulan skala kemusnahan oleh serangan Israel, kata Pengerusi Dana Pelaburan Palestin, Mohammed Mustafa. Beliau berkata, laporan antarabangsa menunjukkan 350,000 unit rumah di Gaza rosak sepenuhnya atau sebahagiannya. Dengan mengandaikan 150,000 unit rumah perlu dibina semula pada kos purata AS$100,000 setiap unit, ia akan menelan belanja keseluruhan AS$15 bilion untuk bahagian perumahan di Gaza. “ Kita belum lagi bercakap berkenaan kemudahan Infrastruktur, tentang hospital yang rosak dan grid kuasa, “ katanya pada Forum Ekonomi Dunia di sini. Angka yang…

Read More