KUALA LUMPUR 15 Jan. – Semua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju menawarkan Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata semua PJH yang dilesenkan memberi jaminan bahawa mereka menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan pakej terbabit seperti tahun lalu kepada bakal jemaah yang tidak memilih pakej Muassasah TH. “Alhamdulillah mereka semua menyambut usaha ini. PJH memainkan peranan dalam membantu bakal haji dengan menyediakan pakej pada harga munasabah dan setiap PJH akan…
Read MoreDay: January 15, 2024
Emraz, 2 pengarah hadapi 63 pertuduhan
PUTRAJAYA 15 Jan. – Emraz Travel & Tours Sdn Bhd bersama dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas 63 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM589,031 kepada 21 mangsa. Syarikat pengendali pakej umrah itu diwakili dua pengarahnya iaitu Zulkarnain Endut, 43, dan Mazuin Mustafa, 43, yang juga suami isteri. Sejurus pertuduhan dikemukakan, pasangan terbabit mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin. Mengikut pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain dan Mazuin, selaku…
Read MoreICJ: Suhakam gesa Malaysia turut campur tangan
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan turut campur tangan dalam perbincangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya Israel tidak terlepas akibat kekejamannya terhadap rakyat Palestin. Dalam satu kenyataan, Suhakam berkata, sebagai negara yang berpihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia harus memberi komitmen bagi memastikan Israel bertanggungjawab di atas kekejaman yang dilakukan di Gaza. Kerajaan juga perlu bersepakat dengan semua sekutu dalam ASEAN dan badan serantau lain untuk turut campur tangan atau menyokong hak rakyat Palestin dalam mendapatkan kedaulatan negara mereka. “Pelanggaran hak asasi manusia…
Read MoreAset ‘Raja Dadah’ RM190 juta
KANGAR 15 Jan. – Nilai aset seorang rakyat Malaysia yang digelar Raja Dadah yang ditahan di Laos 29 Disember lalu dianggarkan sekitar RM190 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Kamarudin Md Din. Beliau berkata pihaknya sebelum ini pernah menahan suspek berusia 41 tahun dari Perak itu di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316). “Untuk makluman, kita pernah mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) ke atas dia malah kita juga pernah membuat rampasan (aset) suspek pada peringkat awal…
Read MoreDadah RM19 juta dalam troli di hutan FRIM
KANGAR 15 Jan. – Polis merampas 528 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM19 juta pada Rabu lalu sekaligus melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan kawasan Hutan Simpan Persekutuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Padang Besar sebagai lokasi transit. Dadah tersebut disembunyikan dalam sebuah troli besi yang ditutupi ranting dan daun terbiar yang di dalamnya ada 20 guni berjahit mengandungi 480 bungkusan plastik teh cina disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Kamarudin Md Din, berkata, empat lelaki berusia antara…
Read MoreDakwa atau tidak budi bicara Pendakwa Raya
PUTRAJAYA 15 Jan. – Budi bicara untuk mendakwa dan tidak meneruskan prosiding adalah bawah bidang kuasa Pendakwa Raya, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Katanya, apabila Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, mahkamah hanya mempunyai dua pilihan terhad. “Bergantung pada fakta, dua pilihan itu ialah membenarkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DAA) atau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA). Mahkamah tidak boleh berpaling daripada dua pilihan itu dan menggesa Pendakwa Raya mengekalkan pertuduhan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024, di…
Read MoreBerita pilihan…
Parti Imran Khan dilarang tanding PRU
ISLAMABAD: Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) parti pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan dilarang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Mahkamah Agung Pakistan memutuskan simbol parti itu iaitu kayu kriket pada kertas undi kerana gagal mengadakan pemilihan parti yang diwajibkan. Keputusan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada parti yang masih popular dalam kalangan rakyat, dan calonnya perlu bertanding sebagai calon bebas dan menggunakan simbol yang berbeza. Langkah itu mungkin menyukarkan lebih 100 juta pengundi yang layak untuk memilih parti pilihan mereka pada PRU yang dijadualkan pada 8 Februari. Menurut Zulfi…
Read MoreIsrael gagal capai objektif
BEIRUT: Israel gagal mencapai objektifnya di Gaza, sekali gus memaksa rejim Zionis itu untuk mengadakan rundingan, demikian dakwaan Hizbullah Lubnan yang disokong Iran. Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ketika bercakap di televisyen mempersoalkan pencapaian rejim Zionis dalam tempoh 100 hari peperangan Israel-Palestin, selain daripada pembunuhan. “Mereka tidak memiliki atau memperlihatkan sebarang pencapaian, selain gagal mencapai objektif diisytihar, separuh diisytiharkan mahupun yang tersirat. “Kerajaan musuh tiada pilihan selain menerima syarat penentangan di Gaza yang akan menamatkan pencerobohan terhadap kawasan berkenaan dan memasuki fasa rundingan, jika keadaan ini berterusan, sama ada di Gaza,…
Read More