Parti Imran Khan dilarang tanding PRU

ISLAMABAD: Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) parti pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan dilarang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mahkamah Agung Pakistan memutuskan simbol parti itu iaitu kayu kriket pada kertas undi kerana gagal mengadakan pemilihan parti yang diwajibkan.

Keputusan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada parti yang masih popular dalam kalangan rakyat, dan calonnya perlu bertanding sebagai calon bebas dan menggunakan simbol yang berbeza.

Langkah itu mungkin menyukarkan lebih 100 juta pengundi yang layak untuk memilih parti pilihan mereka pada PRU yang dijadualkan pada 8 Februari.

Menurut Zulfi Bukhari, pemimpin kanan PTI dan pembantu rapat bekas perdana menteri, keputusan itu telah mencemarkan pilihan raya palsu ini dengan lebih teruk.

Bulan lalu, pihak berkuasa pilihan raya di Pakistan menolak kertas pencalonan Imran untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Related posts

Leave a Comment