Langkah Dubai: Setiausaha Politik PM lapor polis

PUTRAJAYA 8 Jan. – Selepas 10 hari gerakan yang didakwa mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim didedahkan, satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini. Laporan berkaitan Langkah Dubai itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, supaya pihak berkuasa dapat menyiasat gerakan yang jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Shamsul Iskandar berkata, gerakan Langkah Dubai itu jelas tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menggugat sistem demokrasi berparlimen, malah sia-sia kerana kewujudan Akta Antilompat Parti.…

Read More

Kuota jemaah haji Malaysia kekal 31,600

SEPANG 8 Jan. – Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota 31,600 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, dalam pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi. Dalam pertemuan itu, antara perkara dibincangkan ialah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji, meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum mereka sepanjang menunaikan ibadat haji di Tanah…

Read More

Tiada pergolakan politik di Sabah

KOTA BELUD 8 Jan. – Tiada pergolakan politik berlaku di Sabah,” demikian penegasan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menjelaskan keberadaannya di Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kadamaian di sini hari ini. “Saya tolak dakwaan terdapat kemelut politik di Sabah… kita bertemu bersiap siaga, khususnya PRN Sabah walaupun berlaku selewat-lewatnya (tamat tempoh penggal) akhir tahun depan, tidak salah kita bersiap-siaga mulai sekarang. “Jangan ada mana-mana pihak pula buat analisis atau apa-apa spekulasi…

Read More

Istiadat berakhirnya pemerintahan

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih bersempena dengan tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi di sini hari ini. Berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Al-Sultan Abdullah yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memegang tampuk kepemimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15. Dalam titah baginda pada istiadat itu,  Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat sukacita…

Read More

Wan Ahmad Dahlan KPPA baharu

PUTRAJAYA 8 Jan. – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu, berkuat kuasa esok. Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed. “Sukacita dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Wan Ahmad Dahlan sebagai KPPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa pada 9 Januari 2024. “Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimilikinya, beliau mampu menggalas tanggungjawab yang…

Read More

Tenang-tenang saja – Hamzah

SEPANG 8 Jan. – “Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar tu,” Itu reaksi Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin menerusi media sosialnya berkenaan isu politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini. “Sehari dua ni, saya dengar ramai yang tak senang duduk – gelisah semacam. Ada yang berlari ke IJN (Institut Jantung Negara), ada yang ke Sabah. Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar tu,” kata Setiausaha Agung PN itu. Dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Larut itu merujuk kehadiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke IJN untuk melawat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan lawatan Timbalan…

Read More

PM: Biar Dewan Rakyat putuskan, bukan SD

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Isu peralihan pimpinan kerajaan terus menarik perhatian apabila seorang wakil rakyat PKR menyarankan sokongan terhadap seseorang perdana menteri harus ditentukan melalui undi percaya di Dewan Rakyat. Hassan Abdul Karim (PH Pasir Gudang) berkata, sama ada Anwar Ibrahim sudah hilang sokongan majoriti sebagai perdana menteri hendaklah diputuskan di Parlimen iaitu di Dewan Rakyat, bukannya berdasarkan akuan berkanun (SD). Katanya, semua pihak perlu merujuk Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa perdana menteri hendaklah mengemukakan peletakan jawatan sekiranya dia tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.…

Read More

Harakah pertahan tiga staf didakwa ceroboh kediaman MB

SHAH ALAM 8 Jan. –  Isu penangkapan tiga orang staf Harakah termasuk dua wartawan yang didakwa menceroboh kediaman Menteri Besar Selangor adalah tidak tepat serta tidak menggambarkan realiti sebenar yang berlaku. Ketua Pegawai Operasi Harakah, Nadzir Helmi dalam kenyataan menjelaskan, kehadiran tiga stafnya di kediaman itu adalah atas jemputan penduduk Kampung Sungai Sireh berhubung mesyuarat berkait isu Taman Sungai Sireh, Klang. “Mesyuarat tersebut atas jemputan penduduk Kg Sungai Sireh itu sendiri serta atas kapasiti Gerakan Pertubuhan Ummah (UMMAH) yang merupakan antara badan bukan kerajaan (NGO) paling tegas memperjuangkan hak penduduk Kg…

Read More

Israel tidak akan hentikan perang Gaza

PUTRAJAYA 8;Jan. – Dr Mahathir Mohamad mendakwa Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab ke atas kematian 200 rakyat Palestin kerana menolak cadangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza. Bekas Perdana Menteri, itu berkata sekiranya AS bersetuju dengan gencatan senjata itu, 200 rakyat Palestin terbabit masih hidup. Bagaimanapun kata Dr Mahathir, Israel tidak akan menghentikan perangnya terhadap Gaza sehingga objektif mereka untuk memusnahkan Hamas sepenuhnya dan tiada lagi pejuang Hamas. “Disebabkan serangan bom dan roket tidak boleh mengenal pasti Hamas, semua rakyat Palestin perlu dibunuh…

Read More