PUTRAJAYA 3 Jan. – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengakui fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) perlu diteliti semula, tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman berkaitan perkara terbabit. Justeru dalam tempoh terdekat, fungsi J-Kom akan diselaraskan supaya dapat disesuaikan dengan tugas seperti dihasratkan oleh Kerajaan Perpaduan. “Memang kita lihat perlu ada penyesuaian beberapa fungsi dan tugas selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk dilaksanakan oleh agensi termasuk J-Kom,” katanya pada sidang media hari ini. Fahmi berkata, usaha meneliti semula fungsi J-Kom penting supaya tugas, objektif dan matlamat jabatan itu dapat diselaras…
Read MoreDay: January 3, 2024
Tiada kelemahan PADU, lebih 200,000 daftar
PUTRAJAYA 3 Jan. – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tiada kelemahan dikesan dalam pengendalian pengesahan semasa Security Posture Assessment (SPA) menggunakan nombor MyKad membabitkan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Katanya, pasukan PADU sudah mengambil tindakan segera berhubung isu berbangkit dengan penyelesaian dilaksanakan dalam tempoh satu jam malam tadi. Perkara itu dikongsikan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang menyenaraikan beberapa isu berbangkit berkaitan pendaftaran PADU menerusi aplikasi X rasminya hari ini. Berhubung pertanyaan mengenai ‘Bug/Vulnerability’ (Pepijat/Kelemahan) dalam mengisi maklumat, Rafizi berkata, bagi melicinkan proses pengemaskinian individu, maklumat pengemaskinian boleh dilaksanakan sejurus…
Read MoreTangguh daftar PADU sehingga isu selesai
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Selepas 24 jam dilancarkan, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming menggesa kerajaan menangguhkan proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Beliau membuat gesaan itu selepas mendakwa terdapat beberapa kelemahan dan ‘kecacatan keselamatan’ yang perlu diperbetulkan. Bekas ahli Parlimen Bangi itu, mendakwa langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu. “Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, melalui platform sosial X mengatakan data yang disatukan daripada pelbagai…
Read MoreJ-Kom perlu penjenamaan semula sepenuhnya
SEPANG 3 Jan. – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi wajar dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujud ‘Langkah Dubai’, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi. Beliau menyifatkan analisis Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop berhubung ‘Langkah Dubai’ itu ‘cetek’ menyebabkan kerajaan dalam keadaan defensif apabila beberapa nama dalam kerajaan disebut terbabit dalam gerakan itu. “Apa keperluan timbalan KP J-Kom mainkan isu Langkah Dubai? Kata Premier Sarawak, cerita Langkah Dubai adalah cerita “Paloi” (bodoh). Lebih sesuai J-Kom fokus naratif “kerajaan tebuk atap” musibah dan…
Read MoreBerita pilihan…
MAPIM kutuk pembunuhan Al Rouri
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Penentangan Islam “Hamas”, Syeikh Salleh Al Rouri. Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya operasi sasaran Zionis. “Kami amat sedih namun berbangga dengan seorang pemimpin inspirasi Hamas yang telah memimpin perjuangan ke tahap penentangan yang baharu. Kami yakin pembunuhan pengecut oleh Zionis akan menguatkan lagi keazaman semua pejuang kemerdekaan Hamas,” katanya dalam satu kenyataan susulan serangan Israel di Lubnan yang membawa kepada pembunuhan Al Rouri.…
Read MoreSerangan Israel bunuh Timbalan Ketua Hamas
BEIRUT: Timbalan ketua Hamas, Saleh al-Aruri terbunuh bersama pengawal peribadinya selepas Israel menyerang pejuang Palestin di Lubnan, semalam, dengan dron, kata kumpulan dan pegawai keselamatan di Lubnan. Israel, sebelum ini berikrar untuk memusnahkan Hamas selepas serangan 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel. Ketika perang, Israel mengumumkan pembunuhan komander dan pegawai Hamas di Gaza, tetapi al-Aruri adalah tokoh paling berprofil tinggi untuk dibunuh, dan kematiannya berlaku dalam serangan pertama ke atas ibu negara Lubnan, sejak perang bermula. Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari tidak secara langsung mengulas…
Read More