HARIMAU Malaya bakal berdepan cabaran besar di pentas Piala Asia 2023 apabila diundi bersama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E pada kejohanan yang akan berlangsung di Qatar bermula 12 Januari ini. Skuad kendalian Kim Pan Gon akan membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan pada awal pagi (waktu Malaysia), 16 Januari ini sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari). Walaupun hadir sebagai pasukan kerdil di pentas Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya tetap mendapat perhatian pada kejohanan itu. Bekas kapten Korea Selatan, Koo…
Read MoreDay: January 2, 2024
PADU elak ketirisan subsidi
PUTRAJAYA 2 Jan. – Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi, serta menjamin dapat dinikmati mereka yang berhak, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, peluncuran PADU adalah sejajar dengan pendekatan transformasi digital negara dan penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih baik. “Subsidi yang diberikan kerajaan mencecah RM80 bilion. Dalam semua kajian, (subsidi) tidak sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran. Sistem PADU adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital dan menjamin manfaat kemudahan dinikmati orang berhak dan tentunya dengan cara itu (dapat) kurangkan kos dan…
Read MoreRafizi disaran bertanding di Terengganu
SEPANG 2 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga strategi perlu dilakukan PKR untuk parti itu kembali kuat pada Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16), sesuai dengan kedudukan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim berkata, strategi itu termasuk pemimpin-pemimpin utamanya kembali bertanding di negeri masing-masing pada PRU16 akan datang. PKR juga perlu merampas kembali semua kerusi Parlimen yang telah tewas dalam PRU15 dari Kangar Perlis hingga ke Tawau Sabah dan Puncak Borneo di Sarawak. Di samping itu katanya, calon-calon yang berpotensi,…
Read MoreZahid anggap ‘Langkah Dubai’ buang masa
PUTRAJAYA 2 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyedari rancangan sulit dipanggil ‘Langkah Dubai’ untuk menggugat kedudukan kerajaan, tetapi menyifatkan usaha itu hanya membuang masa. Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO itu menjelaskan, sebarang langkah menukar kerajaan menerusi akuan bersumpah (SD) bukan cara yang baik. “Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (di Dubai). Laporan selepas itu kami peroleh juga, tapi pada hemat kami, langkah itu hanya membuang masa. “Tidak ada langkah yang mendasarkan keputusan itu hanya kepada akuan…
Read MorePerbaharui lesen memandu, kenderaan melalui MyJPJ
SHAH ALAM 2 Jan. – Mulai Februari ini, orang ramai boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), menerusi aplikasi MyJPJ, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Katanya, fungsi baharu itu memudahkan urusan memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan secara fizikal di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara) “Untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu…
Read More