Sistem kesihatan Gaza dalam ancaman

RAMALLAH – Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam ancaman serius, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Justeru beliau menggesa supaya serangan ke atas hospital dan dihentikan di mana penduduk Gaza memerlukan akses kepada rawatan kesihatan manakala petugas kemanusiaan memerlukan akses untuk memberikan bantuan kesihatan.

Tedros turut mendedahkan bahawa Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang oleh tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.

WHO dengan kerjasama rakan-rakannya, telah menghantar bekalan perubatan penting, makanan, dan air ke Hospital Indonesia.

Sepuluh pesakit dalam keadaan kritikal dipindahkan ke Hospital Al-Shifa, namun empat daripada mereka telah ditahan oleh tentera Israel semasa proses pemindahan.

Beliau juga mendesak pihak berkuasa penjajah untuk menghormati keperluan dan hak kesihatan para pesakit itu selain membebaskan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safia.

Related posts

Leave a Comment