Datang 4 jam awal sebelum berlepas

PUTRAJAYA 23 Dis. –  Datang awal, sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa pada musim puncak perjalanan dan tempoh perayaan. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang mengeluarkan nasihat perjalanan itu berkata, langkah itu adalah disebabkan berlaku peningkatan mendadak jumlah penumpang semasa musim cuti. “Tiba awal di lapangan terbang akan membolehkan penumpang melepasi proses pendaftaran, pemeriksaan keselamatan dan pelepasan dengan kelewatan minimum,” kata MAHB dalam satu kenyataan. Menurut kenyataan itu, Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA menjangkakan purata pergerakan penumpang masing-masing…

Read More

Menara Ilham: Tiada muslihat siasatan

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Tiada sebarang muslihat oleh pentadbiran kerajaan ketika ini berhubung siasatan rasuah membabitkan individu ternama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan, siasatan itu membuktikan komitmen agensi penguat kuasa rasuah itu dalam menjalankan siasatan tanpa mengira latar belakang individu atau dipengaruhi pihak tertentu. “SPRM menjalankan tugas dia dan tidak mengira kedudukan sama ada dia tun, tan sri. Kalau tidak, ia kritikannya apa? Ikan kecil ini ditangkap, yang kepala-kepala tak boleh disentuh. “Bila sentuh, masih ada yang pertahankan dan gunakan pengaruh, media terutama media…

Read More

5 pengeluar makanan ayam didenda RM415j

SEPANG 22 Dis. –  Lima pengeluar makanan haiwan ternakan dikenakan penalti bernilai RM415.5 juta selepas didapati bersalah menetap dan menyeragamkan secara bersama harga produk mereka, bagi ayam untuk pasaran tempatan. Suruhanjaya Persaingan (MyCC) dalam kenyataan berkata, syarikat itu ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dinding); FFM Berhad (FFM); Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin); Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup); PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro). Dinding dikenakan penalti bernilai RM70.02 juta, FFM (RM42.69 juta); Gold Coin (RM97.51 juta); Leong Hup (RM157.47 juta)…

Read More

Kenapa Pua tidak kritik terowong dasar laut?

Kenapa Pua tidak kritik terowong dasar laut? KUALA LUMPUR 22 Dis. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menolak tanggapan Tony Pua bahawa Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura ‘tidak memberi manfaat’. Beliau sebaliknya menempelak bekas Setiausaha Publisiti DAP itu yang mencadangkan kerajaan menyediakan penerbangan percuma kepada rakyat Malaysia ke Singapura, berbanding melaksanakan semula projek HSR itu. Cadangan Pua itu menurut Puad hanya member manfaat kepada mereka yang ke Singapura dan sebaliknya sahaja sedangkan HSR yang tidak mengguna dana kerajaan memberi manfaat…

Read More

Sediakan penerbangan percuma KL-Singapura

KUALA LUMPUR 22 Dis. –  Sediakan penerbangan percuma kepada rakyat Malaysia ke Singapura berbanding melaksanakan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang didakwa tidak mempunyai nilai kewangan kepada negara. Itu saranan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berhubung desakan supaya kerajaan memulakan semula projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura sebagai alternatif pengangkutan. Beliau berkata, kerajaan mampu berbuat demikian berbanding melaksanakan semula projek mega yang dianggar membabitkan kos kira-kira RM80 bilion termasuk untuk pengambilan tanah, namun belum lagi dikira nilai faedah. “Jadi (penerbangan) KL-Singapura Changi adalah laluan udara paling…

Read More

Indonesia import 500,000 tan beras Thailand

JAKARTA: Agensi perolehan makanan Indonesia, Bulog mengesahkan pihaknya memfailkan tender pada awal bulan ini untuk lebih 500,000 tan metrik beras sebagai sebahagian daripada kuota import beras untuk 2023. Pengarah Utama Bulog, Bayu Krisnamurthi, berkata beras itu akan diimport dari Thailand membabitkan lebih 300,000 tan metrik atau 65 peratus daripada jumlah berkenaan, selain Vietnam, Pakistan dan Myanmar. Beliau berkata, bekalan terbabit akan diterima secara berperingkat menjelang Januari tahun depan. Selasa lalu, Kerajaan Thailand dilaporkan berkata, Indonesia mahu membeli dua juta tan metrik beras dari negara itu pada tahun depan. Perdana Menteri…

Read More

SPRM sita Menara Ilham

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember lalu disiarkan semalam melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib. Ia ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Utusan Malaysia melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan mengenai notis sitaan itu tetapi enggan mengulas lanjut. Daim sebelum ini dilaporkan antara…

Read More

1,101 PATI ditahan sekitar Kompleks Kota Raya

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas satu operasi dilakukan di kawasan tumpuan warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin dan Kompleks Kota Raya. Serbuan melibatkan 1138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman bermula pukul 11 pagi di mana 60 premis di lokasi berkenaan diperiksa. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majeed, berkata serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima banyak aduan tentang kebanjiran warga asing serta masalah jenayah di lokasi itu yang rata-ratanya didalangi…

Read More