Indonesia import 500,000 tan beras Thailand

JAKARTA: Agensi perolehan makanan Indonesia, Bulog mengesahkan pihaknya memfailkan tender pada awal bulan ini untuk lebih 500,000 tan metrik beras sebagai sebahagian daripada kuota import beras untuk 2023.

Pengarah Utama Bulog, Bayu Krisnamurthi, berkata beras itu akan diimport dari Thailand membabitkan lebih 300,000 tan metrik atau 65 peratus daripada jumlah berkenaan, selain Vietnam, Pakistan dan Myanmar.

Beliau berkata, bekalan terbabit akan diterima secara berperingkat menjelang Januari tahun depan.

Selasa lalu, Kerajaan Thailand dilaporkan berkata, Indonesia mahu membeli dua juta tan metrik beras dari negara itu pada tahun depan.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, dilaporkan berkata kerajaannya sudah menerima surat dari Indonesia yang menggariskan hasrat untuk membeli dua juta tan metrik bijirin itu.

Indonesia dikatakan berhasrat mendapatkan sejuta tan daripada sektor swasta, manakala sejuta tan lagi melalui perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan, kata jurucakap Kerajaan Thailand, Chai Wacharonke.

Sebelum ini, Bulog dilaporkan berkata, kerajaan akan menetapkan kuota import beras untuk tahun depan pada jumlah dua juta tan metrik, menurun berbanding 3.8 juta tan bagi kuota tahun ini. –

Related posts

Leave a Comment