DAP cadang mulakan pilihan raya PBT di KL

KUALA LUMPUR 17 Dis. – DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan semula di ibu negara bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata tidak perlu terus melaksanakan pilihan raya tempatan di seluruh negara, tetapi dimulakan di Kuala Lumpur yang sangat-sangat memerlukan demokrasi dalam proses merakyatkan sistem pentadbiran ibu negara

“Saya harap cita-cita untuk memperkasakan rakyat dengan mengembalikan pilihan raya tempatan yang telah menjadi matlamat perjuangan parti menjadi realiti sedikit masa lagi,” katanya pada konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP yang berpegang kepada perjuangan dan idealisme sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dan akauntabiliti, dan penting untuk terus berusaha ke arah merealisasikan matlamat melaksanakan demokrasi tempatan.

Katanya, selama ini pendirian DAP Wilayah Persekutuan secara konsisten supaya Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan untuk mengatasi masalah campur tangan politik dalam hal ehwal pentadbiran ibu kota yang berlaku dalam pentadbiran-pentadbiran terdahulu.

“Ini termasuklah untuk mengelakkan pertindihan tanggungjawab dan kuasa yang telah membawa kepada pembaziran wang rakyat serta pelbagai penyelewengan merugikan rakyat,” katanya.

Kok Wai berkata, di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan dan portfolio berkenaan dimasukkan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Kita dalam DAP Wilayah Persekutuan menyokong penuh langkah ini kerana tindakan ini semestinya mempunyai meritnya.

“Namun pada hari ini, situasinya sudah berubah sedikit di mana portfolio hal ehwal pentadbiran Wilayah Persekutuan kini diletakkan di Jabatan Perdana Menteri, di bawah seorang menteri baharu,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment