Kes Covid-19 terus meningkat

PUTRAJAYA 17 Dis. –  Sebanyak 20,696 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara antara tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu, meningkat hampir 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya. Menurut hantaran di platform X oleh Covid19Place, jumlah kes aktif direkodkan pada minggu ini adalah 28,375 kes dengan jumlah kematian dalam tempoh itu adalah sebanyak 28 kes, manakala tertinggi di Selangor dengan 6,449 kes. Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator. Jumlah kes baharu meningkat…

Read More

Amanah Selangor desak persempadanan semula Parlimen

KAJANG 17 Dis. –  Konvensyen Amanah Selangor meluluskan usul mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Usul Amanah Selangor itu antara lain bertujuan memberi nisbah bilangan pengundi lebih adil antara kawasan Parlimen itu, disokong sebulat suara lebih 300 perwakilan yang hadir, selepas dikemukakan Timbalan Pengerusinya, Azli Yusof. Perwakilan turut menyokong usul supaya SPR menambah bilangan kawasan Parlimen yang sesuai dengan peningkatan ketara jumlah pengundi yang tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar. Azli berkata, usul…

Read More

DAP cadang mulakan pilihan raya PBT di KL

KUALA LUMPUR 17 Dis. – DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan semula di ibu negara bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan. Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata tidak perlu terus melaksanakan pilihan raya tempatan di seluruh negara, tetapi dimulakan di Kuala Lumpur yang sangat-sangat memerlukan demokrasi dalam proses merakyatkan sistem pentadbiran ibu negara “Saya harap cita-cita untuk memperkasakan rakyat dengan mengembalikan pilihan raya tempatan yang telah menjadi matlamat perjuangan parti menjadi realiti sedikit masa lagi,” katanya pada konvensyen DAP Wilayah…

Read More

Jawatan ada kelebihan tetapi bukan tiket sokongan

KAJANG 17 Dis. – Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof, mengakui jawatan dalam kerajaan atau sebagai anggota Kabinet ada kelebihan tetapi penilaian teras adalah sama ada orang ini boleh membawa parti ke hadapan. Katanya, jawatan dalam Kabinet juga bukan tiket untuk mana-mana calon pemilihan Amanah mendapat lebih sokongan, termasuk bagi lima jawatan tertinggi. Dr Mujahid yang juga anggota Dewan Negara adalah antara 124 calon bagi merebut 27 tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan minggu depan. Beliau juga yakin perwakilan akan memilih pemimpin yang dilihat lebih…

Read More