PETALING JAYA 7 Dis. – Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, adalah akibat kecederaan pada leher, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain. Beliau berkata mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui malam tadi. “Rumusan daripada bedah siasat dan pencarian dijalankan pihak polis Petaling Jaya bersama masyarakat setempat selama dua hari yang melalui tempat sama, tidak bertemu mangsa. Sebaliknya, mangsa ditemui pada hari kedua lewat malam tadi. “Dari situ boleh dirumuskan mangsa tidak mati di…
Read MoreDay: December 7, 2023
Kerajaan Perpaduan kekal sokong kepemimpinan Hajiji
PENAMPANG 7 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan pendirian Kerajaan Perpaduan yang kekal menyokong kepemimpinan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Beliau berkata pendirian itu mengambil kira prestasi dan kerjasama yang ditunjukkan kerajaan Sabah pimpinan Hajiji ketika ini. “Saya percaya dengan sikap dan pendirian kerajaan negeri sekarang, kita boleh beri kerjasama. Dalam politik negara ini, harus ada saling mempercayai. “Itu sebab saya ambil keputusan Kerajaan Perpaduan peringkat pusat, kerana kerjasama ditunjukkan dan prestasi kerajaan negeri, kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri. Jangan ada orang bangkitkan…
Read MoreCovid-19: Tiada varian baharu, keadaan terkawal
PUTRAJAYA 7 Dis. – Tiada varian baharu Covid-19 dikesan di Malaysia sebaliknya ketika ini varian yang masih menular adalah Omicron dengan subvarian diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi, tetapi tidak menyebabkan kes yang teruk. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, keadaan semasa Covid-19 di negara ini juga secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada, meskipun terdapat peningkatan kes. “Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya melalui kenyataan mengenai situasi Covid-19 negara. Dr Zaliha Mustafa berkata, terdapat peningkatan kes Covid-19 dilaporkan secara global…
Read MoreAhmad Said beri peluang muka baharu
KUALA TERENGGANU 7 Dis. – Dr Ahmad Said menjelaskan keputusan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri adalah untuk memberi laluan kepada orang baharu yang lebih muda meneraju parti. Susulan keputusan itu, bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau sendiri turut mencadangkan nama Rozi Mamat yang juga Setiausaha UMNO Negeri sebagai pengganti. “Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan saya telah mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya. Untuk makluman semua, keputusan yang telah saya buat ini adalah semata-mata untuk…
Read MoreMaro: Di mana padang dipijak…
KOSMORAMA Dimana padang dipijak situ player tergolek.
Read MoreKematian budak autisme ada kaitan kes bunuh
SUNGAI BULOH 7 Dis. – Polis kini menyiasat kematian kanak-kanak austisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati wujud unsur jenayah. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, bekata ada kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa yang ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, Aparment Idaman, Damansara Damai, di sini. Kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Kanak-kanak berkenaan ditemukan di aliran…
Read More25 syarikat diberi lesen PJH
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 25 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi pada musim haji akan datang. Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH menyerahkan lesen PJH kepada syarikat yang benar-benar layak dan memenuhi syarat ditetapkan. “Syarikat pelancongan Islam yang lain diminta memberi komitmen penuh untuk bersama-sama membendung penipuan perkhidmatan pakej haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau turut mengingatkan individu atau agensi pelancongan supaya tidak menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan pihaknya…
Read MoreIsham dikeluarkan dari grup WhatsApp MKT UMNO
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil belum terima surat pemecatan daripada UMNO, sebaliknya mengakui sudah disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO semalam. “Saya belum dapat surat. Yang saya tahu mereka telah keluarkan saya dari WhatsApp group MKT UMNO malam semalam,” katanya. Malam tadi, media yang memetik beberapa pemimpin UMNO yang menghadiri mesyuarat MKT malam melaporkan pemecatan Isham yang menjawat Ahli MKT bagi penggal kedua dalam pemilihan parti itu awal tahun ini. Difahamkan pemecatan itu ada kairan kritikan berterusan Isham terhadap pemimpin UMNO,…
Read MoreMak Cik Kemboja, anak lelaki mengaku tidak bersalah
MELAKA 7 Dis. – Usahawan tular isu ‘Melayu malas’, Mariyah Yaakob atau digelar Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan berasingan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa Melayu sebagai malas di media sosial. Mariyah 47, pada mulanya teragak-agak ketika disoal jurubahasa sama ada faham atau tidak pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu kepadanya dan terpaksa dibantu peguamnya, Kamal Hisham Jaafar. Dia yang berada di kandang pesalah kemudian mengangguk faham dan menjawab ‘tidak mengaku bersalah’ dalam prosiding didengar Hakim Mohd…
Read More