Kematian budak autisme ada kaitan kes bunuh

SUNGAI BULOH 7 Dis. – Polis kini menyiasat kematian kanak-kanak austisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati wujud unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan, bekata ada kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa yang ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, Aparment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Kanak-kanak berkenaan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Terdahulu, mayat Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak seharian ditemui di lokasi sama yang sebelumnya termasuk dalam skop pencarian dan menyelamat.

Dalam dua operasi mencari dan menyelamat (SAR), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama penduduk sudah melakukan pencarian di lokasi berkenaan pada malam kelmarin dan petang semalam.

Polis ketika itu tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran menyebabkan mangsa tidak dapat ditemui sebelum ini.

Mayat Zayn kemudian dibawa keluar pada pukul 12 tengah malam tadi.

Related posts

Leave a Comment