Isham dikeluarkan dari grup WhatsApp MKT UMNO

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil belum terima surat pemecatan daripada UMNO, sebaliknya mengakui sudah disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO semalam.

“Saya belum dapat surat. Yang saya tahu mereka telah keluarkan saya dari WhatsApp group MKT UMNO malam semalam,” katanya.

Malam tadi, media yang memetik beberapa pemimpin UMNO yang menghadiri mesyuarat MKT malam melaporkan pemecatan Isham yang menjawat Ahli MKT bagi penggal kedua dalam pemilihan parti itu awal tahun ini.

Difahamkan pemecatan itu ada kairan kritikan berterusan Isham terhadap pemimpin UMNO, termasuk mengaitkan segelintir mereka sebagai ‘barua DAP’.

UMNO sebelum ini memecat beberapa pemimpinnya termasuk bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

UMNO juga menggantung beberapa pemimpinnya termasuk bekas Naib Presiden UMNO,  Hishammuddin Hussein serta bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Related posts

Leave a Comment