PUTRAJAYA 3 Dis. – Satu rakaman ‘Voice Note’ berkaitan kadar kematian akibat Covid-19 yang pernah tular pada tahun 2021 kini kembali memenuhi ruang aplikasi WhatsApp sejak kebelakangan ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan, memaklumkan bahawa voice note’ ini diedarkan secara berleluasa untuk menimbulkan keresahan awam. Rakaman itu antara lain mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi, dan kadar kematian semakin meningkat dalam kes ‘brought in dead’ (BID), serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa. Sehubungan itu, orang ramai…
Read MoreDay: December 3, 2023
KKM siap siaga pantau kesihatan pelancong
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kerajaan sedia menerima peningkatan kemasukan pelancong China walaupun wujud dakwaan ancaman kesihatan susulan peningkatan penyakit misteri berkaitan pernafasan dan radang paru-paru di negara berkenaan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa siap siaga di pintu-pintu masuk negara bagi memantau kesihatan pelancong asing termasuk dari China. “KKM sudah buat kawalan (buat pemantauan), sudah sediakan mesin pengimbas suhu badan dan perkara-perkara lain yang sepatutnya. “Di negara China juga sudah dinaik taraf dalam persediaan mereka (di pintu masuk negara) berhubung isu berkenaan,”…
Read MoreUMNO kecundang di kubu kuat, Dr Sam pelengkap di Dewan Rakyat
TAHNIAH Pas atas kemenangan besar di Parlimen Kemaman. Saya pinjam ayat Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Itulah ayat sewajarnya selepas pertandingan. Adat bertanding, ada kala menang dan ada kala kalah. Istimewanya kemenangan calon Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melengkapkan penyertaan Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) di peringkat Parlimen yang selama ini diwakili Pakatan Harapan (PH) di zon utara, tengah dan selatan. Walaupun MB dilabel tamak dan didesak meletak jawatan oleh pimpinan UMNO kerana bertanding di Parlimen, pengundi-pengundi Kemaman tidak bebal dengan alasan dangkal itu sebaliknya ‘mengirim’…
Read MoreKes jangkitan Covid-19 meningkat
PUTRAJAYA 3 Dis. – Kes jangkitan Covid-19 meningkat 57.3 peratus iaitu sebanyak 3,626 kes pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) mulai 19 hingga 25 November lalu berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata majoriti kes iaitu 48 peratus membabitkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. Katanya, kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak ME 41/2023 hingga ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.…
Read MoreTrend penolakan kerjasama BN-PH
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman adalah rentetan trend penolakan pengundi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, Ini adalah suatu amaran berterusan daripada pengundi kepada BN, khususnya UMNO, supaya menilai semula kerjasama mereka dengan PH. Katanya, keputusan PRK Kemaman ini juga mengesahkan populariti kerajaan PH-BN yang semakin merudum di mana rakyat khususnya orang Melayu, menolak kerjasama antara kedua-kedua parti ini. “Buktinya jelas. Undi yang diperolehi oleh calon BN dalam PRK ini jauh…
Read MorePengundi Kemaman tolak ‘politik dana peruntukan’
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kemenangan dengan majoriti besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam mengesahkan momentum sokongan menaik kepada Perikatan Nasional (PN) dalam siri PRK yang diadakan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, undi yang diperoleh calon PH-BN sebanyak 27,778 yang mewakili tahap sokongan 30 peratus adalah jauh lebih rendah berbanding undi yang didapati PH dan BN dalam PRU15 lepas, iaitu masing-masing 8,340 dan 38,535 undi yang mewakili sokongan 41 peratus. “Dengan kata lain, gabungan PH-BN bukan…
Read MoreBukti peralihan sokongan besar-besaran pengundi UMNO
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kemenangan besar calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin. Beliau yang juga Setiausaha Agung PN berkata, ia menandakan secara jelas lagi bersuluh bahawa PN adalah wadah utama politik orang Melayu dan hakikat ini yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. “Majoriti 37,220 undi yang diterima Dr. Sam (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) – yang menyaksikan lonjakan lebih 10,000 undi juga merupakan bukti jelas bahawa rakyat menolak kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim.…
Read MoreBerita pilihan…
Lima gempa bumi dalam dua jam
PUTRAJAYA 3 Dis. – Lima kejadian gempa bumi direkod dalam tempoh kurang dua jam sekitar Rantau Kepulauan Filipina khususnya Mindanao malam tadi, termasuk dua dikategorikan gempa bumi kuat. Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pukul 12:03 pagi tadi, pada jarak 79 kilometer (km) Timur dari Bislig, dengan kedalaman 72km. Terdahulu pada pukul 10.37 malam, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi lebih kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Mindanao, dengan kedalaman 85km pada jarak 42km dari tenggara Gingoog…
Read MorePemandu lori didenda RM100,000 cemar Sungai Kim Kim
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang pemandu lori didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019. Pada masa yang sama, syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000. Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam satu kenyataan berkata, N Maridass didapati melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti…
Read More