Maklumat palsu berkaitan Covid-19

PUTRAJAYA 3 Dis. – Satu rakaman ‘Voice Note’ berkaitan kadar kematian akibat Covid-19 yang pernah tular pada tahun 2021 kini kembali memenuhi ruang aplikasi WhatsApp sejak kebelakangan ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan, memaklumkan bahawa voice note’ ini diedarkan secara berleluasa  untuk menimbulkan keresahan awam.

Rakaman itu antara lain mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi, dan kadar kematian semakin meningkat dalam kes ‘brought in dead’ (BID), serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun orang ramai perlu sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita.

“Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak, serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment