Abah ubah keputusan, pimpin sepenggal lagi

SHAH ALAM 25 Nov. – Selepas 24 jam berteka teki mengenai keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu, akhirnya Muhyiddin Yassin  memutuskan untuk bertahan sepenggal lagi. Keputusan itu dibuat setelah mendapat restu isterinya,  Noorainee Abdul Rahman untuk terus memimpin parti berkenaan serta demi parti, agama, bangsa dan negara. “Sebenarnya kuasa yang paling besar bukan daripada sesiapa pun, tetapi isteri saya (Noorainee). Isteri saya hadir (di perhimpunan Bersatu) sejak beberapa hari lalu dan dia duduk sampai akhir…Hari ini pun sama. Dia ada mesej saya. Apa isteri saya kata? Stay another term…

Read More

Peja akui salah pilih calon khianati parti

SHAH ALAM 25 Nov. – Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu mengaku tersalah memilih calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga ada yang bertindak mengkhianati parti. Beliau berkata antaranya Ahli Parlimen Kuala Kangsar,  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politiknya ketika menjadi Menteri Besar Perak. Sebelum ini, jelasnya, Iskandar Dzulkarnain adalah individu tidak dikenali oleh pucuk pimpinan Bersatu termasuk Presiden Muhyiddin Yassin. “Saya jadikan beliau calon dan (akhirnya Iskandar Dzulkarnain) telah memungkiri taat setia kepada parti. Saya mengaku ada buat kesilapan (memilih calon pilihan raya untuk Bersatu).…

Read More

Jadilah ‘rumah untuk diduduki’ bukan ‘rumah tumpangan

SHAH ALAM 25 Nov. –  Naib Presiden Bersatu,  Dr Ronald Kiandee mengingatkan anggota parti supaya menjadikan parti itu sebagai ‘rumah untuk diduduki’ bukannya sekadar ‘rumah tumpangan’ Justeru, katanya parti perlu diperkukuhkan di semua peringkat dengan menambah cawangan serta keahlian melalui gerakan menyantuni orang ramai terutama pengundi 18 dan wanita untuk menyertai Bersatu. “Jangan kita mengharapkan gelombang kerana ia akan reda. Kita akan jadi macam ‘rumah tumpangan, homestay yang sementara dan bukan ‘a home to stay’ (rumah untuk didiami) bagi mereka yang keluar PKR, UMNO dan parti lain,” katanya. Dalam ucapan…

Read More

PAT Bersatu tolak hasrat Muhyiddin

SHAH ALAM 25 Nov. –  Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan yang dijadual diadakan tahun depan. Resolusi itu diputuskan selepas keseluruhan perwakilan memuktamadkan ketetapan selari dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang mahu Muhyiddin terus mengemudi parti itu. Pengerusi Tetap Bersatu,  Mohd Suhaimi Abdullah, mengumumkan resolusi itu dibuat berdasarkan Perkara 123 Ucapan Dasar Presiden pada PAT kali keenam parti berkenaan, semalam. Beliau berkata, perhimpunan itu juga memuktamadkan resolusi menolak syor mesyuarat untuk mencari pengganti Muhyiddin, mengikut Perkara…

Read More

MOTAC semak semula agensi kendali umrah

PUTRAJAYA 25 Nov. –  Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, akan mengetuai jawatankuasa bagi meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan, terutama berkaitan mengerjakan umrah. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Tiong King Sing berkata, laporan lengkap berkaitan semakan itu akan dibentangkan dalam tempoh sebulan. “Ini termasuk mengkategorikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan dengan baik dan sebaliknya, serta laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat berkenaan sepanjang tempoh menguruskan jemaah umrah. Tindakan ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab ketika menjalankan perniagaan dan tidak mengabaikan pelanggan…

Read More

63 tebusan Hamas, Israel bebas

BAITULMUQADDIS : Sebanyak 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel dibebaskan semalam selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa. Menurut jurucakap Kementerian Luar di Qatar, Majed Al-Ansari, Hamas membebaskan 24 tebusan, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin. Al-Ansari berkata, antara tawanan yang dibebaskan selepas perjanjian antara Israel dan Hamas itu ialah 13 warga Israel, 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina. Beliau berkata, 39 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel juga sudah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu yang turut…

Read More

Ada agenda besar pilih MB calon Kemaman

KEMAMAN 25 Nov. – Pas membayangkan parti itu mempunyai agenda yang besar apabila memilih Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, rekod baik Ahmad Samsuri sepanjang mentadbir Terengganu diharapkan dapat digunakan dan disumbangkan kepada negara jika beliau memenangi kerusi Parlimen pada 2 Disember ini. Tuan Ibrahim berkata, selain rekod cemerlang dan memenuhi kriteria ditetapkan, Naib Presiden Pas itu menjadi pilihan pengundi yang mahu beliau menjadi calon mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi Pas sebelum ini. “Orang…

Read More