Pengerusi Bersih letak jawatan

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann mengumumkan peletakan jawatan, 10 hari selepas beliau dilantik semula ke jawatan itu tanpa bertanding bagi tempoh sepenggal lagi  (2023-2025). Keputusan itu dibuat Thomas selepas 10 hari berlangsungnya pemilihan Jawatankuasa Pemandu Bersih (SC) (2023-2025) yang menyaksikan beliau menang tanpa bertanding bagi tempoh sepenggal lagi. Thomas yang dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2018, berkata, keputusannya itu dibuat selepas mendapati kepemimpinan dan usahanya untuk membawa Bersih menjadi institusi rakyat ditolak majoriti NGO yang menyokong Bersih. “Atas kesedaran…

Read More

PUM desak batal konsert Coldplay

KUALA LUMPUR 19 Nov. –  Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendesak konsert Coldplay yang bakal berlangsung Rabu ini dibatalkan serta-merta kerana ia disifatkan melewati garis sempadan Islam sekali gus bertentangan dengan hukum syarak. Ketua Syubban (Pemuda) PUM, Dr Muhamad Alihanafiah Norasid dalam kenyataan berkata, penganjuran program berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia, selain jauh daripada norma serta tatasusila tempatan. Katanya, dengan menggalak dan menyuburkan budaya tidak sihat boleh menggagalkan agenda pembentukan warganegara yang bertanggungjawab lagi bertamadun. “PUM menegaskan bahawa hiburan dalam Islam mempunyai garis sempadannya yang perlu…

Read More

Pemimpin BN usah terlalu ‘ssettok’

KEMAMAN 19 Nov. – Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak terlalu ‘ssettok’ dengan pemilihan Menteri Besar Terengganu sebagai calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 4 Disember ini. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau yang turut dikenali sebagai Dr Sam ketika mengingatkan demikian berkata, disebabkan terlalu ssettok, ia menimbulkan keadaan tidak tenteram . “Pemimpin BN tidak perlu ‘ssettok’ apabila saya terpilih sebagai calon PRK Kemaman. Pimpinan tertinggi BN dan PH (Pakatan Harapan) terkejut sehingga menimbulkan perasaan tidak tenteram apabila saya dipilih sebagai calon. “Keadaan tidak tenteram itulah yang menyebabkan…

Read More

Kon Yeow elak main politik keterlaluan

TANJONG 19 Nov. – Sepanjang 37 tahun menjadi ahli DAP, Chow Kon Yeow mengelak daripada bermain politik yang keterlaluan sebaliknya lebih fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada parti dan rakyat. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kekuatannya adalah jujur, setia kepada perjuangan, suka tawarkan perkhidmatan terbaik, tidak suka bercakap banyak, tidak mahu kuat main politik dan fokus kepada penyampaian prestasi yang baik, Justeru, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata kepercayaan untuk memimpin kerajaan negeri bagi penggal kedua adalah kemungkinan berlandaskan kepada ‘track record’ beliau sejak 1986. “Tahun…

Read More

RUU GEG dibentang dalam tempoh terdekat

TANJONG 19 Nov. – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG) akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Beliau memberi jaminan bacaan kali kedua RUU berkenaan akan dibentangkan sebelum berakhirnya sidang Parlimen yang sedang berlangsung, tamat pada 30 November ini. “Insya-Allah, saya bagi jaminan RUU itu akan kita bentangkan sebelum berakhirnya sesi Parlimen pada kali ini,” katanya ringkas ketika ditemui pada Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang…

Read More

Kelantan kutip RM3 juta untuk Palestin

KOTA BHARU 19 Nov. – Dalam tempoh seminggu, Kelantan berjaya mengumpul sebanyak RM3.056 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk disalurkan kepada penduduk Palestin. Sumbangan itu diperoleh menerusi beberapa saluran termasuk Tabung Aid4 Palestin sebanyak lebih RM2 juta; Gabungan Usahawan Prihatin Kelantan (RM526,000) dan kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM400,000. Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan sumbangan. Katanya, kutipan akan dilakukan secara berterusan selagi penduduk di Palestin diserang Israel. “Jumlah kutipan berkenaan akan diserahkan…

Read More

SPRM digesa siasat unsur rasuah kerajaan

KOTA BHARU  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kepemimpinan Kerajaan Perpaduan yang disifatkan mempunyai unsur rasuah apabila Ahli Parlimen mendapat peruntukan selepas menyatakan sokongan kepada kerajaan. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perbuatan yang dilakukan Kerajaan Pusat itu begitu jelas terdapat unsur rasuah. “SPRM sepatutnya sudah tahu mengenai perkara ini dan perlu menyiasat tanpa kita (Pas) membuat laporan terhadap agensi berkenaan. Ini tanggungjawab SPRM untuk bertindak dan menyiasat. “Tidak sepatutnya Kerajaan Pusat menggunakan peruntukan sebagai tekanan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Bagi kami mereka (kerajaan) menekan Ahli Parlimen…

Read More