Penjawat awam terima BKK dua bulan setengah

SHAH ALAM 10 Nov. – Semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Katanya, pemberian BKK ini termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 dilaksanakan pada Aidilfitri lalu manakala BKK kedua, insentif sebulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan RM40.03 juta akan dibayar 28 Disember nanti. BKK kali ketiga iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,000…

Read More

Selangor bentang Belanjawan 2024 RM2.53 b

SHAH ALAM 10 Nov. – Menteri Besar Amirudin Shari, hari ini, membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM2.53 bilion merangkumi RM1.33 bilion atau 52.6 peratus perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 47.4 peratus perbelanjaan pembangunan. Ketika  membentangkan belanjawan itu beliau berkata, dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri berjumlah RM2.2 bilion dan anggaran perbelanjaan RM2.53 bilion, Belanjawan 2024 akan mengalami defisit berjumlah RM330 juta. Bagaimanapun katanya , defisit berkenaan lebih rendah berbanding tahun 2023 iaitu pengurangan sebanyak RM120 juta. “Walaupun Belanjawan Defisit sejak enam belanjawan lalu, kerajaan negeri akan mengambil langkah-langkah mengurangkan jumlah…

Read More

Siti Mastura bakal hadapi tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng melantik Sankara Narayanan Nair bagi memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad. Katanya, peguam akan memulakan prosiding terhadap Siti Mastura, yang didakwa mengeluarkan ucapan kebencian, pembohongan serta fitnah jahat terhadap beliau dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu. Mastura didakwa mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu, mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. “Beliau secara terang-terangan menggunakan hubungan kekeluargaan yang sebenarnya tidak…

Read More

Dua hari tol percuma sempena Deepavali

KUALA LUMPUR 10 Nov. –  Sempena sambutan Deepavali, pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bermula 12.01 tengah malam ini sehingga pukul 11.59 malam Ahad ini. Menteri Kerja Raya,  Alexander Nanti Linggi, berkata pemberian tol percuma itu melibatkan semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor. “Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali. Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban…

Read More

Perkemas akta antilompat parti

KANGAR 10 Nov. – Undang-undang lompat parti perlu diperkemas selepas didakwa gagal memastikan wakil rakyat yang dipilih tidak mencari helah untuk menghalalkan sesuatu tujuan yang dilihat tidak bertepatan dengan peranan mereka. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli mendakwa, undang-undang lompat parti itu gagal kerana masih wujud wakil rakyat yang cuba mencari peluang untuk beralih sokongan meskipun mandat sudah pun diberikan oleh rakyat. “Perkara ini perlu diperkemaskan lagi supaya semua wakil rakyat tidak boleh mencari helah untuk ‘menghalalkan kerja yang tak elok’. Pindaan akta itu juga perlu diperlengkap (dengan…

Read More

Tawaran: Bersatu akan lapor polis, SPRM

KUALA LUMPUR 9 Nov. –  Bersatu akan mengemukakan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung dakwaan tawaran tertentu kepada ahli Parlimen parti itu. Presidennya,  Muhyiddin Yassin, mendakwa ada ahli Parlimen parti itu ditawar faedah berbentuk kewangan atau peruntukan dan ini melanggar peruntukan seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). “Laporan polis akan dibuat dalam tempoh sehari dua ini, semua maklumat telah dikumpulkan, contohnya dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang atau Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang, dia beritahu ketika mesyuarat Bersatu…

Read More

“Lembaga Disiplin akan hukum tindakan mereka”

KUALA LUMPUR 9 Nov. –  Lembaga Disiplin Bersatu yang akan bersidang dalam masa terdekat akan menentukan tindakan ke atas dua Ahli Parlimen parti itu iaitu Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) yang secara terbuka mengumumkan sokongan kepada kepemimpinan  Anwar Ibrahim. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata Lembaga Disiplin akan menentukan hukuman terhadap mereka yang disifatkan amat tidak bertanggungjawab, bertentangan dengan semangat dan perlembagaan parti dan melanggar peruntukan sedia ada. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat…

Read More