Peruntukan bersyarat galakkan rasuah ?

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Isu peruntukan kepada wakil rakyat terus mendapat perhatian apabila Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang. Sambil mempersoalkan kewajaran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang disyaratkan, Shahidan berkata, kerajaan sekarang antirasuah tetapi cara bekerja menggalakkan rasuah. “Kalau mana-mana ahli Parlimen sini, sokong, kami beri peruntukan. Apakah itu bukan rasuah?” katanya ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Shahidan mendakwa, Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan rundingan membabitkan peruntukan ahli Parlimen pembangkang sebanyak…

Read More

Islamofobia: Ahmad Marzuk diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Seorang lagi anggota Parlimen Perikatan Nasional (PN) diarah keluar Dewan Rakyat, kali ini melibatkan Ahmad Marzuk Shaary (PN – Pengkalan Chepa) selepas didakwa membuat tuduhan mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia. Dakwaan itu mencetuskan kekecohan yang melibatkan beberapa penyokong kerajaan dan pembangkang. Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong, yang mempengerusikan mesyuara ketika itu membuat keputusan mengarahkan Ahmad Marzuk ‘berehat’ hari ini selepas ahli Parlimen itu enggan menarik balik tuduhannya. Terdahulu, Ahmad Marzuk ketika mencelah dalam sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr…

Read More

Lapan barangan di bawah SHMMP menjelang Deepavali

KAJANG 6 Nov. –  Menjelang Deepavali, lapan barangan keperluan disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, berkuat kuasa selama tujuh hari mulai 9 hingga 15 November ini. Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, ketika mengumumkan demikian berkata, barangan itu termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia. Barangan lain ialah bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit…

Read More

“Pergi minum kopi, esok masuk semula”

KUALA LUMPUR: “Saya minta dua-dua keluar pergi minum kopi, hari ini sahaja esok masuk semula,” . Begitu arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kepada wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Arahan itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan berhubung isu guru diugut kerana menyokong pembangkang. Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) diarah keluar sehari dan dibenarkan memasuki dewan semula, esok. Kekecohan itu bermula susulan dakwaan dibuat Mohd Misbahul ketika sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, bahawa…

Read More

Bertindak jika pertikai wibawa dalam Dewan

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, tidak akan melayan atau mengambil sebarang tindakan yang mempersoalkan kewibawaannya, jika ia dibuat di luar Dewan Rakyat. Sebaliknya, Johari menegaskan kecuali kewibawaan dan keputusannya dibangkitkan di dalam dewan, beliau akan mengambil tindakan. “Saya berbeza dengan Tan Sri (Yang Dipertua) sebelum ini, apa juga diungkapkan dalam dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan mengambil tindakan, namun begitu, sesiapa sahaja boleh hina di luar. “Boleh panggil saya tidak berkelayakan, tidak berpendidikan, ia tidak menjadi isu buat saya… saya…

Read More

Palestina Saudaraku

JAKARTA: Menteri Luar Retno Marsudi tampil menyampaikan puisi hasil karyanya mengenai Palestin pada satu perhimpunan di tengah-tengah kota Jakarta semalam dengan kehadiran ratusan ribu umat Indonesia . Retno yang ucapannya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tular kerana ketegasan mengenai Palestin tampil di pentas Aksi Akbar Aliansi Rakyat Indonesia Bela Palestina, menyampaikan puisi bertajuk Palestin, Saudaraku. Terdahulu beliau mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan Indonesia terhadap perjuangan rakyat Palestin sertacmenzahirkan penghargaan atas sumbangan masyarakat setempat kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan dalam Perikatan Rakyat Indonesia…

Read More

Marcos arah siasat pembunuhan wartawan

MANILA 6 Nov. – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan seorang wartawan Filipina Juan Jumalon, juga dikenali sebagai “DJ Johnny Walker”, awal pagi semalam. Menyifatkan sebagai serangan yang tidak boleh diterima, Marcos mengarahkan polis menjalankan siasatan bagi membawa pelaku ke muka pengadilan. “Serangan ke atas wartawan tidak akan diterima dalam demokrasi kita, dan mereka yang mengancam kebebasan akhbar akan menghadapi akibat penuh daripada tindakan mereka,” kata Marcos dalam catatan di platform X. Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina (NUJP) dalam satu kenyataan memaklumkan Jumalon, ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali…

Read More