KUALA LUMPUR 4 Nov. – Bersatu menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selama tempoh empat tahun susulan pendiriannya menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu bersidang semalam, bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan pelanggaran Perlembagaan oleh Iskandar. “Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu. “Sehubungan…
Read MoreDay: November 4, 2023
GPS kekal kerusi DUN Jepak
BINTULU 4 Nov. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak apabila calonnya Iskandar Turkee diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu malam ini. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu di sini. Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing. Beliau menang dengan majoriti 8,784…
Read MorePamer nama wakil rakyat ‘ponteng’ Parlimen
TANJONG 4 Nov. – Senarai ahli Parlimen yang dengan sengaja tidak hadir atau ‘ponteng’ sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul. Beliau berkata, selain untuk makluman pengundi di kawasan, ia bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan yang diwakili. Katanya, cadangan itu yang juga antara beberapa penambahbaikan akan dibincangkan oleh beliau dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan. Johari bagaimanapun…
Read MoreFahmi minta LI keluarkan nama, logo PKR
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil telah menghubungi Liberal International (LI) untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu. Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, PKR tidak pernah dan bukan ahli dalam Liberal International dan tidak pernah membayar apa-apa yuran keahlian terhadap organisasi politik liberal berkenaan. “Nama dan logo PKR perlu diturunkan dalam laman sesawang organisasi politik berkenaan dan itu adalah usaha dilakukan PKR ketika ini. Jadi pihak parti telah memohon supaya PKR tidak ada apa-apa kaitan langsung dengan…
Read MoreBerita pilihan…
WHO terkejut konvoi ambulans diserang
SEMENANJUNG GAZA, Palestin: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, terkejut dengan serangan maut dilancarkan Israel ke atas ambulans berhampiran hospital terbesar di Gaza, semalam. Tedros berkata, beliau amat terperanjat membaca laporan bedilan ke atas ambulans yang membawa pesakit berdekatan Hospital Al-Shifa sehingga mengakibatkan kematian, kecederaan dan kerosakan. “Kami mengulangi: pesakit, petugas kesihatan, kemudahan dan ambulans mesti dilindungi setiap masa. Sentiasa,” katanya melalui media sosial X. Kerajaan Hamas berkata, tentera Israel membedil sebuah konvoi ambulans yang sedang membawa pesakit mengalami kecederaan dari Gaza City ke arah Rafah di…
Read MoreAmaran konflik lebih meluas di Asia Barat
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah muncul di khalayak dengan memberi amaran kemungkinan berlaku konflik lebih meluas di Asia Barat susulan serangan Israel ke atas Palestin. Nasrallah dalam ucapannya di televisyen, berkata serangan Hizbullah meningkat dari hari ke hari, sehingga memaksa Israel mengekalkan tenteranya berhampiran sempadan Lubnan, bukannya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki. “Apa yang berlaku di sempadan mungkin kelihatan sederhana tetapi sangat penting,” katanya. Nasrallah turut menyalahkan Amerika Syarikat (AS) dan bertanggungjawab sepenuhnya” atas peperangan di Gaza dan jumlah kematian orang awam yang tinggi sejak konflik tercetus…
Read More