Kepemimpinan Muslimat Pas menang tanpa bertanding

SHAH ALAM 19 Okt. – Ketua Dewan Muslimat Pas (DMP) Nuridah Salleh mengekalkan jawatannya tanpa bertanding bagi penggal 2023-2025 pada pemilihan yang berlangsung sempena Muktamar Tahunan DMP di sini hari ini. Turut menang tanpa bertanding adalah Dr Rosni Adam sebagai Timbalan Ketua, dan Salamiah Mohd Noor kekal sebagai Naib Ketua. Pada masa yang sama, 12 ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat juga menang tanpa bertanding. Mereka adalah Asmak Hussin, Mardhiah Hayati Salleh, Datuk Mumtaz Md Nawi, Dr Najihatussalehah Ahmad, Noraini Hussin, Norhafiza Fadzil, Reen Mohd Amin, Datuk Siti Ashah Ghazali, Dr…

Read More

OIC gesa henti serangan, tarik kepungan

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa serangan kejam Israel terhadap penduduk Palestin dihentikan segera dan kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik. Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat menteri luar, blok itu mengulangi sokongannya untuk “hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan”. Ia termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan kepulangan pelarian Palestin, hak untuk kemerdekaan serta penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat mengikut sempadan 4 Jun 1967 dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negaranya. OIC juga mengesahkan semula sokongannya…

Read More

Debat dengan sopan – Sultan Selangor

SHAH ALAM 19 Okt. –  Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berdebat dengan sopan dan mengelakkan sikap tidak bertamadun dalam persidangan Dewan. Baginda juga menitahkan agar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) meneruskan kesinambungan mereka yang menggalas jawatan itu sebelum ini untuk mengendalikan persidangan Dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah. Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika menerima menghadap Speaker DUN Selangor, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, di sini. Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Baginda menitahkan agar Weng San meneruskan kesinambungan speaker…

Read More

Palestin: Tubuh Tentera Penyelamat OIC

SEPANG : Putra mendesak supaya ditubuhkan Tentera Penyelamat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seterusnya memasuki Gaza bagi menyelamatkan rakyat Palestin dari terus menjadi mangsa pengeboman dan senjata kimia Zionis Israel. Presiden Putra, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, kerajaan Malaysia boleh menggerakkan usaha itu dengan menghantar notis kepada OIC supaya mengadakan Sidang Tergempar dan membawa usul menubuhkan pasukan tentera berkenaan. “Setiap anggota OIC boleh menghantar 1,000 orang tentera dengan aset-aset yang difikirkan perlu untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan mempertahankan diri dari apa jua serangan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau menjelaskan Tentera…

Read More

Pejuang tidak letak calon di Kemaman

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu, pada 2 Disember ini, kata Presiden, Mukhriz Mahathir. Beliau turut menafikan khabar angin kononnya bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan bertanding sebagai calon pada PRK Parlimen Kemaman. “Kita tidak letak calon. Kami kini fokus untuk memperkukuh parti. Kita hendak bina kekuatan bagi menghadapi PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16),” katanya pada sidang media di sini, semalam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen…

Read More

PN harus bersedia terajui kerajaan

SHAH ALAM 19 Okt. – Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyuarakan keyakinan bahawa parti itu akan kembali menjadi sebahagian parti yang akan memerintah Putrajaya. Katanya, Pas bersama Perikatan Nasional (PN) harus bersedia menerajui Kerajaan Persekutuan pada masa depan. Beliau mendakwa ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang mengunjunginya secara keseluruhan membuat kesimpulan masa depan negara terletak kepada PN dan Pas. “Kita harus bersedia menerajui kerajaan pada masa hadapan. Pemuda (Pas) mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas yang…

Read More

Beri ruang kepada tenaga muda

SHAH ALAM 19 Okt. – Dewan Pemuda Pas (DPP) menggesa kepemimpinan parti lebih serius memberikan ruang dan peluang kepada tenaga muda tampil ke depan bagi mengisi kemenangan dalam pilihan raya, kata Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari. Beliau menarik perhatian kepemimpinan dengan merujuk penyertaan calon muda yang begitu sedikit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, baru-baru ini. “Jika dibincang dari konteks Ketua Pemuda Negeri, hanya satu Ketua Pemuda Pas Negeri bertanding, di kerusi Kota Anggerik di Selangor, manakala lima negeri tidak membariskan ketua pemuda negeri atas pelbagai faktor,” katanya. Beliau berkata…

Read More

Blok Ambalat perlu penerangan menyeluruh

SHAH ALAM 18 Okt. –  Kerajaan sewajarnya menyediakan sesi penerangan yang menyeluruh terhadap polemik Blok Ambalat ketika ini, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhli Shaari. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata dokumentasi berkaitan triti perlu dinyahklasifikasi segera agar rakyat mengetahui setiap butiran dan terma yang telah dipersetujui. “Kami berpandangan rakyat di negara ini berhadapan situasi ‘Assymmetrical Information’ atau ketidaksepadanan maklumat di antara Malaysia dan Indonesia dalam isu Ambalat,” katanya. Beliau agak hairan apabila media Indonesia meraikan kejayaan rundingan 18 tahun Blok Ambdlat, sedangkan media dan rakyat di…

Read More