KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan diminta memberi tafsiran jelas mengenai bentuk kesalahan yang menyentuh isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) supaya ia tidak hanya disasarkan kepada pemimpin politik semata-mata. Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan berkata tafsiran tidak jelas mengenai isu 3R itu menyaksikan ramai pemimpin politik disiasat tanpa asas jelas, sementara beberapa kes dirujuk di mahkamah yang secara langsung menyentuh isu 3R tidak pula diambil tindakan. Katanya, jika mahu dibuat undang-undang, biar teliti perkara yang tidak boleh disebut dan sebagainya. Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu…
Read MoreDay: October 23, 2023
Jawab ‘khabar baik, sama-sama’ layak warganegara
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kumpulan warga emas yang hanya mampu menjawab “khabar baik” dan “sama-sama” bagi ujian ‘penguasaan’ bahasa boleh diberi kelulusan untuk permohonan taraf kewarganegaraan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata ujian penguasaan Bahasa Melayu dikenal pasti sebagai antara punca kebanyakan pemohon warga emas gagal bagi permohonan taraf warganegara Malaysia. “(Di Malaysia), markah tak lulus satu, markah lulus lapan. Dia ada rating dia. Sekarang ini, yang dua pun kadang-kadang saya luluskan. Dua ini maknanya, “Terima kasih”, dia jawab “sama-sama”. Itu pun lulus. “Apa khabar”, “Khabar baik”. Itu…
Read MoreGaris panduan baharu kalimah Allah diserah kepada MKI
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau memberitahu, cadangan garis panduan itu sudah pun dikemuka kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas selesai lima sesi libat urus yang diadakan sebelum ini. “Kita sudah mengadakan lima sesi libat urus, hasil libat urus itu sudah pun kita bentangkan kepada MKI yang dipengerusikan Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris…
Read More3R : PDRM buka 104 kertas siasatan
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, sebanyak 104 kertas siasatan sudah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R). Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira parti politik, yang didapati mengeluarkan kenyataan boleh menjejas dan menggugat ketenteraman awam serta membangkitkan kebencian dalam masyarakat. Katanya, kenyataan dan nasihat Ketua Polis Negara, Razarudin Husain sebelum ini bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyentuh isu 3R juga adalah satu…
Read MoreLarangan rujuk Ahli Parlimen ‘kafir, zionis, yahudi’
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Mulai pukul 10.13 pagi ini, semua wakil rakyat diminta berhenti menggunakan perkataan ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ bagi merujuk mana-mana Ahli Parlimen sepanjang perbahasan di Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, dalam peringatannya turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana, menyentuh sensitiviti keharmonian dan saling melabel. Katanya, Ahli Parlimen perlu menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan Rakyat sebagai medan politik kumpulan atau individu, selain menunjukkan kelakuan terpuji semasa mengetengahkan isu. Beliau yang mengingatkan demikian pada…
Read MoreBerita pilihan…
Gandingan Prabowo Subianto, anak Jokowi
JAKARTA 23 Okt. – Menteri Pertahanan yang juga calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan anak sulung Joko Widodo iaitu Gibran Rakabuming Raka akan menjadi pasangannya bagi calon Naib Presiden pada pilihan raya 2024. Prabowo dari Parti Gerindra, berkata Gabungan Indonesia Maju telah mengadakan perbincangan akhir dan bersetuju mencalonkan Prabowo Subianto sebagai calon Presiden dan Gibran Rakabuming Raka sebagai calon Naib Presiden. Katanya, semua parti anggota gabungan Indonesia Maju mencapai keputusan itu secara konsensus. Ketika mengumumkan keputusan itu semalam turut hadir ketua parti anggota gabungan termasuk Ketua Golkar, Airlangga Hartarto; Ketua…
Read MorePRK: BN terima beberapa nama calon
PUTRAJAYA 23 Okt. – Barisan Nasional (BN) menerima beberapa nama untuk dicalonkan bagi merebut kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Disember ini, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata senarai pendek calon yang akan akan dilakukan beberapa hari lagi dipilih terdiri daripada anak Kemaman yang memegang jawatan dalam parti di peringkat nasional dan negeri. Katanya, pemilihan calon akan diputuskan beliau dan akan diumumkan Pengarah Jentera BN PRK Kemaman, Ahmad Said. “Calon yang dipilih akan diumumkan dua atau tiga hari sebelum hari penamaan…
Read More