SG4 merentasi politik, sedia terima pandangan

SHAH ALAM 22 Okt. – State-Government 4 (SG4), blok kerjasama empat negeri ditadbir Pas terbuka untuk menerima pandangan pelbagai pihak termasuk veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata, penubuhan SG4 adalah merentasi politik, selain bukan bertujuan untuk ‘berperang’ dengan Kerajaan Persekutuan. “Kita terbuka untuk dapatkan nasihat atau pandangan termasuk Lim Kit Siang… ia menunjukkan betapa terbukanya SG4, merentasi politik. Kalau nak cakap politik 24 jam, saya rasa semua negeri di Malaysia tidak boleh bergerak ke hadapan. “Perkara ini…

Read More

MyOnePAS Super App

SHAH ALAM Pas hari ini melancarkan aplikasi pelbagai fungsi, MyOnePAS Super App yang dilengkapi dengan kemudahan kad prabayar, menggunakan Mastercard, selain e-dompet. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang melancarkan aplikasi MyOnePAS Super App itu pada muktamar yang sedang berlangsung. Bercakap pada sidang media selepas pelancaran itu, Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan, berkata MyOnePAS Super App adalah projek ke arah digitalisasi semua aktiviti berkaitan parti itu, termasuk urusan derma dan transaksi yang dibangunkan syarikat Pas, Pay Tech Sdn Bhd. Beliau berkata, MyOnePAS Super App turut mempunyai kemudahan pembayaran bil, panduan solat dan…

Read More

Pas tiada masalah dengan bukan Islam

SHAH ALAM 21 Okt. – Pas mempertahankan tindakannya bagi menarik undi bukan Islam kerana parti itu tidak pernah mempunyai masalah dengan kelompok berkenaan yang tidak ekstrem, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan. Beliau menjelaskan, parti itu tidak pernah mengenepikan, malah sentiasa mengiktiraf kehadiran sokongan pengundi bukan Islam selama ini. “Pas hanya tidak boleh menerima golongan bukan Islam yang ekstrem, termasuk parti politik yang mengambil pendekatan begitu. “Kalau dengan ucapan Presiden, kita tiada masalah dengan rakyat bukan Islam tidak ekstrem, namun yang ekstrem untuk kita bekerjasama itu tidak boleh, contohnya parti politik…

Read More

PRK Jepak hadapi saingan tiga penjuru

BINTULU 21 Okt. –  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang akan berlangsung pada 4 November ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru termasuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS). GPS yang mencalonkan Iskandar Turkee, 54, berdepan tentangan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang, 42 dan calon Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, 62. Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey, mengumumkan nama calon-calon berkenaan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Bintulu , pada pukul 10.30 pagi ini. PRK DUN Jepak diadakan selepas…

Read More

Kekurangan 12,000 pakar keselamatan siber

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Malaysia masih kekurangan kira-kira 12,000 pakar keselamatan siber pelbagai bidang bagi menangani isu serangan siber selepas ia dilihat sebagai cabaran dalam usaha kerajaan memacu agenda pendigitalan negara. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, seperti dilaporkan Bernama berkata Malaysia memerlukan kira-kira 27,000 pakar keselamatan siber namun ketika ini hanya memiliki 15,000 orang untuk membantu menangani isu itu. “Ini satu kekurangan yang sangat besar sebab bila kita faham keperluan untuk keselamatan siber dan rata-rata syarikat, terutama yang banyak terlibat dengan ekonomi digital, mereka akan mementingkan isu keselamatan…

Read More

Ahmad Said Pengarah Jentera BN PRK Kemaman

KUALA LUMPUR 21 Okt. –  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said dilantik sebagai Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang akan diadakan pada Disember ini. Setiausaha Agung UMNO , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelantikan bekas menteri besar Terengganu itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Bagaimanapun, nama calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan kemudian,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, di sini malam tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya…

Read More