Mumtaz sebak ketika menyentuh nasib rakyat Palestin

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Semoga Allah menyelamatkan negara dan rakyat Palestin. Bertabahlah sahabat dan saudara kita di sana,” kata Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) di Dewan Rakyat, hari ini. Ketika memulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, beliau tidak dapat menahan air mata ketika menyentuh nasib rakyat Palestin yang  sedang dizalimi rejim Zionis. Mumtaz berkata, rakyat Palestin sudah berdepan kezaliman akibat kekejaman Israel hampir 70 tahun, namun tiada sesiapa yang dapat melindungi mereka termasuk masyarakat antarabangsa berdasarkan undang-undang dan fitrah kemanusiaan. Katanya, rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak berdepan serangan rejim…

Read More

Dakwaan ugut: Panggil Iskandar Dzulkarnain

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Dewan Rakyat diminta memanggil Datuk Iskandar Dzulkarnain (PN Kuala Kangsar) berhubung dakwaan diugut untuk menyokong kerajaan atau berdepan pendakwaan kesalahan rasuah. Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berkata, Dewan Rakyat mempunyai kuasa mengikut Seksyen 4 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan Seksyen 29 yang membawa kepada penghinaan Dewan. Pada 12 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut dan berlaku intimidasi terhadap beliau di…

Read More

PBGN urus bencana secara berkesan

KUALA LUMPUR 16 Okt. –  Penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) akan membolehkan pengurusan bencana dilaksanakan secara berkesan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, ia bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani impak keterancaman perubahan iklim global dalam mengurangkan kesan bencana, selain memperkukuh tahap keselamatan serta kesejahteraan rakyat. “PBGN menyediakan khidmat kepakaran teknikal yang khusus dan cekap dalam bidang penilaian serta forensik bencana, geologi kejuruteraan, aplikasi teknologi satelit serta penderiaan jauh, analisis pemodelan serta rangkaian sistem amaran awal, data raya dan bidang berkaitan,” katanya.…

Read More

Usia calon Presiden, Naib Presiden Indonesia kekal

JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen yang menuntut usia minimum bagi calon presiden dan naib presiden, diturunkan kepada 35 tahun, berbanding syarat kelayakan itu pada usia 40 tahun. Berikutan keputusan itu, ia sekali gus menutup peluang kepada anak sulung Presiden Joko Widodo yang berusia 36 tahun untuk bertanding naib presiden pada pilihan raya Presiden tahun depan. Ketua Hakim Negara, Anwar Usman, yang juga abang ipar Jokowi, mengetuai panel membabitkan sembilan hakim, dan menetapkan untuk menolak petisyen bagi menurunkan usia minimum kepada 35 daripada 40 tahun. Menurut barisan hakim, penetapan had…

Read More

Lakukan apa sahaja selesaikan kezaliman Israel – PM

KUALA LUMPUR 16 Okt. –  Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel. Perdana Menteri berkata, perbincangan dengan wakil-wakil negara yang terlibat telah menunjukkan keresahan yang sedang meluap dan jalan buntu kerana Israel diberikan sokongan penuh oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan seolah-olah kerajaan enggan menghantar pasukan tentera ke Gaza apabila ada dalam kalangan di Malaysia juga  menyatakan suara bahawa kita enggan menghantarkan pasukan tentera. “Kepemimpinan tentera…

Read More

10 peratus orang kaya nikmati subsidi

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Anwar Ibrahim menegaskan pemberian subsidi seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2024, diperbaharui untuk memastikan langkah penjimatan negara berhasil dan mampu dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyat. Perdana Menteri berkata, rencana baharu subsidi itu juga harus dilaksanakan memandangkan ia turut dinikmati oleh kira-kira 10 peratus golongan yang tidak layak (kumpulan kaya dan berpendapatan tinggi), 3.5 juta warga asing dan ketirisan ke negara jiran. “Sejumlah RM81 bilion subsidi diberikan kerajaan, tertinggi di dunia. Walaupun saya dikecam ‘bila kita jadi kerajaan hari ini, minyak akan turun esok’, ia satu konteks…

Read More

Nasihat berjimat kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR 16 Okt. –  Anwar Ibrahim menasihatkan penjawat awam supaya terus melakukan langkah-langkah penjimatan bagi memastikan dana awam tidak dibazirkan. Perdana Menteri berkata, soal pembaziran tidak boleh dilihat dalam konteks yang besar sahaja sebaliknya isu kecil seperti menutup lampu pejabat dan pemberian pen mengikut jawatan juga perlu dilakukan. “Membazir tidak perlu yang besar, macam menggunakan elektrik seperti ‘ayah kita yang bayar’. Contohnya, beri lima batang pen kepada ketua jawatan tetapi Ketua Setiausaha, 10; menteri, 15; Perdana Menteri, 20. “Itu semua kita kena baiki sebab ia adalah dana awam,” katanya…

Read More

Tiada lagi peranti di meja, tiada lagi ‘live’

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk membuat penstriman langsung di media sosial menggunakan peranti peribadi ketika menyampaikan ucapan pada sesi persidangan Dewan Rakyat. Ketetapan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 35 (1), yang mana Ahli-ahli Parlimen yang berucap perlu mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi. Sejak kebelakangan ini, pemerhatian mendapati trend Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di meja masing-masing untuk membuat perstriman langsung semakin meningkat sejak kebelakangan ini. “Untuk makluman, ucapan Yang Berhormat boleh ditonton melalui siaran langsung…

Read More

Kedutaan Malaysia di Lubnan siap siaga

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan kini diarahkan bersiap siaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu berikutan konflik Palestin – Israel yang berterusan. Wisma Putra dalam kenyataan berkata kerajaan mengarahkan pihak kedutaan yang berpangkalan di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel. Terdapat 12 rakyat Malaysia yang bermastautin di Lubnan dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di sana sudah berhubung rapat dengan mereka. “Kerajaan turut mengarahkan pihak kedutaan memantau keadaan pasukan pengaman ATM-PBB iaitu MALBATT yang berkhidmat di…

Read More