Howard Lee mohon maaf isu ‘tafsir’ al-Quran

IPOH 26 Sept. – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee, hari ini tampil memohon maaf selepas lebih seminggu menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak kerana memetik ayat al-Quran dalam konteks politik. Beliau tampil memohon maaf menerusi sidang media di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan, di sini petang ini selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pukul 2 petang. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya…

Read More

Julai daftar 38,092 pemilih secara automatik

PUTRAJAYA 26 Sept. – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai 2023 (DPT BLN7/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini, mengandungi 38,092 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini, berkata senarai itu juga meliputi 12,360 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,416 orang lagi bertukar status/kategori pengundi. Katanya, DPT BLN7/2023 kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023. “SPR menyeru kepada warganegara yang berumur…

Read More

Beras: Akmal terjah, beri amaran kepada kilang

SEPANG 26 Sept. –  Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh tidak akan berkompromi dengan mana-mana kartel yang ingin mengaut keuntungan besar ketika rakyat sedang susah untuk mendapatkan beras tempatan. Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco kerajaan Melaka itu berkata, pihaknya akan menjejak sehingg ke ‘hujungnya ’ semua pengilang, pengedar, dan peruncit terutama di Melaka. Dalam kenyataan memlaui video yang dimuatnaik hari ini, beliau berkata, inilah masanya untuk membantu rakyat yang ketika ini sedang susah. Katanya, mulai Sabtu ini, setiap minggu kerajaan negeri bersama FAMA akan mengadakan…

Read More

Pengerusi Amanah Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan

SEREMBAN 26 Sept. – Jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kekal kepada Amanah selepas Pengerusi Amanah Negeri, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman mengangkat sumpah untuk jawatan itu.. Nama MK Ibrahim dicadangkan Menteri Besar,  Aminuddin Harun pada majlis angkat sumpah 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Persidangan Pertama (Khas) Penggal Ke-15 di Bangunan DUN Negeri Sembilan, di sini. Cadangan itu disokong ADUN Pertang,  Jalaluddin Alias yang juga Exco Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos…

Read More

‘Ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan’

PUTRAJAYA 26 Sept. –  “Ini soal hak asasi manusia dan saya rasa mereka perlu terus diberi izin untuk membeli beras di negara ini, termasuk beras tempatan,”. Demikian penegasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad Sabu, berhubung cadangan supaya kerajaan melarang penjualan beras putih tempatan (BPT) kepada warga asing. Katanya, semua pihak tidak perlu gopoh mengeluarkan kenyataan dan cadangan seumpama itu  kerana ia membabitkan hak kemanusiaan. “Bagi saya ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan dan dalam suasana begini, jangan kita gopoh (keluar cadangan) sebab kalau rakyat kita berada di…

Read More

Satu lagi PRK di Terengganu PN hilang Kemaman

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka berlangsung di Terengganu apabila Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman. Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya oleh pengundi, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil. Hakim Anselm Charles telah menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan…

Read More

Bersedia hadapi gangguan air bulan depan

SEPANG 26 Sept. – Penduduk di 338 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pukul 9 pagi 10 Oktober ini susulan pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 37 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur (201) dan Hulu Langat (100). Menurut Air Selangor, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka siap pukul 7 malam pada hari yang sama manakala bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari,…

Read More