Blake sudah tiada, mati akibat barah

PUTRAJAYA 19 Sept. –  Blake, anjing pengesan yang banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mati petang semalam selepas dikesan menghidapi barah limfoma. Terdahulu, Blake yang bertugas di Unit Anjing Pengesan (K9) terpaksa ditidurkan pukul 4.38 petang semalam, selepas didiagnosis menghidapi barah Limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sebelum dimasukkan sekali lagi ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) 14 September lalu. Untuk rekod, Blake terbabit dalam pelbagai misi Mencari dan Menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali;…

Read More

“Hari hitam buat Parlimen Malaysia”

KUALA LUMPUR 19 – Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin yang diarah keluar Dewan Rakyat akibat mahu mempertahankan maruahnya menyifatkan sidang Dewan Rakyat hari ini sebagai ‘satu hari hitam buat Parlimen Malaysia’. “Saya mohon rakyat Malaysia hari ini tengok, kalau kami dalam Dewan sendiri dituduh macam-macam di depan begitu tanpa sebarang bukti dan diminta supaya kenyataan itu ditarik balik pun tak boleh. “Kami pun tidak mendapat keadilan, bagaimana untuk rakyat,” katanya pada sidang media di Parlimen selepas keluar Dewan Rakyat. Pengusiran Radzi bermula apabila beliau enggan mendengar arahan Yang Dipertua…

Read More

Radzi Jidin diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin diarah keluar Dewan selepas kekecohan ketika sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini. Arahan itu dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul selepas Radzi enggan mendengar arahan supaya duduk dan memberi peluang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meneruskan sesi penggulungannya tanpa diganggu. Rentetan arahan itu, beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit, bertindak keluar dari Dewan…

Read More

DUN Selangor penuhi tuntutan DAP dapatkan Speaker

SHAH ALAM 19 Sept. – DAP berjaya dalam tuntutan mendapatkan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, apabila 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengundi Lau Weng San. Weng San dari DAP yang juga bekas ADUN Banting, memperoleh 34 undi berbanding Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh memperoleh 22 undi dalam undian sulit yang diadakan hari ini. Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, DAP mencadangkan Weng San sebagai calon Speaker sekiranya gabungan PH-BN menang dan ini adalah syarat DAP menyerahkan…

Read More

Azmin Ali Ketua Pembangkang DUN Selangor

SHAH ALAM 19 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Pelantikan itu diumumkan Yang Dipertua DUN, Lau Weng San sejurus majlis angkat sumpah 56 ADUN selesai pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15 hari ini. “Saya dengan ini memasyhurkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang sebagai ketua pembangkang. “Diharapkan ketua pembangkang yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” katanya mengesahkan menerima surat pencalonan itu daripada Perikatan Nasional (PN) pada…

Read More

Nik Abduh angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini. Pelantikan Nik Abduh di Dewan Negara bagi tempoh 8 Julai 2023 hingga 7 Julai 2026 adalah pilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan. Wan Junaidi dalam ucapannya menyarankan setiap Ahli Dewan Negara supaya lebih proaktif dan kreatif dalam memastikan pendapat intelektual mereka turut disampaikan kepada rakyat melalui media utama dan media sosial. “Rakyat perlu mengetahui pendapat dan…

Read More

Thaksin boleh bebas lebih awal

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra boleh dibebaskan secara parol seawal penghujung Februari 2024 selepas hukuman penjara lapan tahun ke atasnya dikurangkan kepada setahun. Selepas menjalani hukuman selama enam bulan, Thaksin layak mendapat parol bagi banduan yang berumur lebih daripada 70 tahun atau mereka yang sakit Sebelum ini, Thaksin yang 15 tahun hidup dalam buangan dan kembali ke Thailand bulan lalu didapati bersalah tanpa kehadirannya dalam tiga kes membabitkan penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan penyelewengan. Beliau yang kehilangan kuasa akibat digulingkan tentera pada 2006 pulang ke Thailand serentak dengan…

Read More