Nik Abduh angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Pelantikan Nik Abduh di Dewan Negara bagi tempoh 8 Julai 2023 hingga 7 Julai 2026 adalah pilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan.

Wan Junaidi dalam ucapannya menyarankan setiap Ahli Dewan Negara supaya lebih proaktif dan kreatif dalam memastikan pendapat intelektual mereka turut disampaikan kepada rakyat melalui media utama dan media sosial.

“Rakyat perlu mengetahui pendapat dan input yang produktif serta kreatif daripada Ahli Dewan Negara yang memainkan peranan penting dalam membahas dan menimbang usul yang dibawa daripada Dewan Rakyat.

Ini sekali gus akan mencermin dan mewajarkan kelayakan Ahli Dewan Negara yang dilantik atas pengalaman profesional dan mewakili pakar dalam bidang masing-masing,” katanya.

Ini sekali gus akan mencermin dan mewajarkan kelayakan Ahli Dewan Negara yang dilantik atas pengalaman profesional dan mewakili pakar dalam bidang masing-masing,” katanya.

Pada 5 September lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bersetuju memilih Nik Mohamad Abduh sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Kelantan bagi menggantikan Mohd Apandi Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Julai lalu.

Pencalonan Nik Mohamad Abduh dikemukakan Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud, selepas Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Cadangan calon itu disokong Timbalan Menteri Besar, Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Related posts

Leave a Comment