KUALA LUMPUR 10 Sept. – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tiada keperluan untuk beliau mengosongkan kerusi Muar berikutan keputusannya meninggalkan blok kerajaan berkuat kuasa serta merta. Sebaliknya, beliau mencabar pihak dalam Kerajaan Perpaduan yang sebelum ini mahu melawan rasuah tetapi “membenarkan” keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO,Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkait kes Yayasan Akalbudi, berbuat demikian. Katanya, pihak yang mendesak beliau mengosongkan kerusi, perlu cermin diri sama ada mereka juga bersedia mengosongkan kerusi. “Persoalan yang ingin saya kembalikan kepada mereka, siapa yang tidak…
Read MoreDay: September 10, 2023
Persidangan DAP: Orang berbudi, kita berbahasa.
BAGAN DATUK 10 Sept. – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kehadirannya pada Persidangan Tahunan DAP 2023 adalah bertujuan menyantuni rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Katanya, keberadaan di perhimpunan parti yang dahulunya seteru itu juga sebagai tanda penghargaan atas kehadiran Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika Perhimpunan Agung UMNO pada Jun lalu. Justeru, beliau berharap kehadirannya tidak disalah erti dan dimanipulasi oleh mana-mana pihak. “Kita kini berada dalam satu gagasan parti gabungan. Orang berbudi, kita berbahasa. Ini pertama kali dalam sejarah seumur hidup saya menghadiri mana-mana perhimpunan agung parti…
Read MoreMUDA pilih jadi pembangkang
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat. Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA, berkata beliau sudah memaklumkan pendirian itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, melalui surat rasmi memohon pertimbangan berbuat demikian di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat. Tindakan itu secara tidak langsung menyebabkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga. Beliau berkata, antara sebab utama tindakan itu adalah kerana langkah…
Read MoreDAP pertahan Perlembagaan Persekutuan
PUTRAJAYA 10 Sept. – Persidangan DAP 2023 hari ini meluluskan sembilan resolusi termasuk mengulangi komitmennya seperti dinyatakan dalam Deklarasi Shah Alam pada 8 Januari 2012 berkaitan hak keistimewaan Melayu, kedudukan Islam dan bahasa Melayu. Menurut resolusi itu, DAP menyatakan adalah menjadi kewajipan buat ahli dan pemimpinnya untuk mempertahan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan menghormati semangat Perlembagaan Merdeka 1957 serta Perjanjian Malaysia 1963. Turut diluluskan, ketetapan untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-Raja Berperlembagaan bagi Negeri-negeri. “Memelihara kedudukan istimewa…
Read MorePemuda PN dakwa 75 peratus tolak PH-BN
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Berdasarkan data bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, semalam, sebanyak 75 peratus pengundi Melayu menolak Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari, berkata dengan pertambahan jumlah sokongan kepada PN pada PRK berkenaan, beliau yakin gabungan itu mampu menawan Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata dengan gabungan undi yang diperoleh PH-BN pada PRU lalu, di Pulai contohnya, gabungan itu sepatutnya mempunyai stok 90,000 undi,…
Read MoreZahid harap PH-BN diperkukuh ke akar umbi
PUTRAJAYA 10 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap hubungan yang baharu terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kerajaan Perpaduan dapat diperkukuhkan sehingga ke peringkat akar umbi. Pengerusi BN itu berkata, usaha berkenaan penting sebagai pemangkin semangat perpaduan sekali gus berupaya memimpin negara dengan memberikan khidmat terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. “BN akan terus bersama mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini yang benar-benar mencerminkan Wajah Malaysia,” kata Presiden UMNO itu menerusi perkongsian di media sosialnya. Terdahulu, Ahmad Zahid bersama Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul…
Read MoreBN hilang 27,000 undi Melayu
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung semalam. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa kehilangan undi itu mungkin disebabkan pengundi Melayu tidak keluar mengundi atau sudah mengundi Perikatan Nasional (PN). Katanya, perkara itu dibuat berdasarkan kira-kira jumlah pengundi Melayu pada dua PRK itu. “Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat adalah lebih 39,000 pengundi yang dulu ketika Pilihan Raya ke-15 (PRU15) keluar mengundi, kali…
Read MoreKehadiran pemimpin UMNO, BN sejarah baharu DAP
PUTRAJAYA 10 Sept. – Kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Parti DAP 2023 hari ini sebagai sejarah baharu kepada parti itu serta politik Malaysia. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata kehadiran pemimpin UMNO dan BN itu juga, turut mencipta sejarah tersendiri kepada perjalanan persidangan sejak parti itu diasaskan pada Oktober 1965. “Ini merupakan rekod baharu persidangan, sebab kali pertama dihadiri oleh UMNO. Ini adalah Presiden UMNO pertama yang hadir,” katanya menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Parti DAP 2023 hari ini. Untuk rekod…
Read MoreBahas DNAA: PM mendahului kuasa Speaker
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menolak usul membahaskan keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) Dr Ahmad Zahid Hamidi, daripada 47 pertuduhan jenayah di Parlimen, didakwa melanggar undang-undang dan penyalahgunaan kuasa. Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata sebagai Ketua Majlis Parlimen, Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak menentu atau memutuskan berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat jika usul dikemukakan. Katanya, sebaliknya penerimaan atau penolakan usul sedemikian berada dalam bidang kuasa dan budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Speaker semata-mata. “Di sini jelas…
Read More