BELURAN 5 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menjelajahi kawasan tengah Sabah, meninjau pembangunan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, di sini. Seri Paduka berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo, berangkat ke tapak Pakej Kerja 29 Moynod-Sapi Nangoh di sini dan mendengar sembah taklimat mengenai projek itu daripada Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, sebelum meneruskan perjalanan kembara ke Telupid, yang turut dikenali sebagai ‘The Heart of Sabah’. Sembah taklimat Nanta berhubung latar belakang dan…
Read MoreDay: September 5, 2023
Myanmar perlu tunai kewajipan ASEAN
JAKARTA 5 Sept. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Myanmar perlu menunaikan kewajipannya sebagai negara anggota ASEAN serta mengikut peruntukan dalam piagam forum kerjasama serantau itu. Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Anwar turut menyuarakan kekecewaan Malaysia, terhadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dan ketidakstabilan yang berterusan di Myanmar. “Saya tekankan bahawa ASEAN perlu menangani isu Myanmar dalam pendekatan yang diselaraskan, dan agar ASEAN memanfaatkan Rakan Dialognya, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya semasa sesi pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN, di sini hari ini. Anwar berkata, selain…
Read MoreMiki: Merdekakita
Alasan kukuh lepas tanpa bebas Zahid
PUTRAJAYA 5 Sept. – Permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya, dibuat berdasarkan alasan yang dikemuka dan diterima oleh mahkamah. Jabatan Peguam Negara dalam saty kenyataan hari ini, memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan terbabit sudah menyatakan alasan dikemuka pihak pendakwaan adalah kukuh. “Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan permohonan untuk melepas…
Read MoreKepercayaan rakyat tercalar
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan penarikan 47 pertuduhan jenayah terhadap Dr Ahmad Zahid Hamidi sesuatu yang mengejutkan rakyat Malaysia dan perlu penjelasan Jabatan Peguam Negara. Presiden TI-M, Muhammad Mohan berkata, mahkamah sebelum ini sudah menetapkan terdapat ‘prima facie’ selepas memanggil 99 saksi memberi keterangan kes berprofil tinggi itu. “Pihak pendakwa raya juga memberikan 11 alasan untuk membuat permohonan (menghentikan pendakwaan) ini tetapi ia terlalu teknikal untuk difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Jabatan Peguam Negara perlu menjalankan tanggungjawabnya bagi menjelaskan sepenuhnya dan berterus terang mengapa pihak…
Read MoreMuhyiddin anggap tidak bermoral
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi menarik balik 47 pertuduhan jenayah terhadap Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sesuatu yang tidak bermoral. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang membuat dakwaan itu berkata dalam kes berkenaan Ahmad Zahid sudah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi. Katanya, ini bermakna mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapat bukti yang berasas mengenai perlakuan jenayah itu dan mengarahkan Ahmad Zahid membela diri.…
Read MoreDAP ‘tiada lagi sempadan merah’
KUALA LUMPUR 5 Sept. – DAP sudah ‘tiada lagi sempadan merah’ atau tidak berprinsip, susulan reaksi parti itu terhadap langkah pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkait Yayan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, semalam. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang membuat dakwaan demikian berkata, DAP kini menurunkan tahap parti itu ke paras lebih teruk daripada yang dilemparkan pemimpinnya kepada MCA sebelum ini. “(DAP) adalah ‘anjing’ suruhan yang membenarkan penyalahgunaan kuasa. Parti itu tidak kisah mengenai perkara berkenaan (kerana) 95 peratus pengundi kaum Cina akan…
Read MoreMUDA gerakkan kempen #DakwaZahid
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan teragak-agak untuk menilai semula kedudukannya sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata MUDA menganggap keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu terhadap kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah suatu perlanggaran terbesar terhadap garisan merah institusi kehakiman negara. Bercakap pada sidang media hari ini, MUDA menuntut Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan…
Read MoreAsingkan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat menggesa Kerajaan Perpaduan melaksanakan segera pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, berkata langkah itu juga penting, memandangkan timbul kesangsian banyak pihak terutama dakwaan mengaitkan kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah. “Kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang terletak pada individu sama. Ia perlu dipisahkan supaya keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat.…
Read MoreNik Abduh dipilih sebagai Ahli Dewan Negara
KOTA BHARU 5 Sept. – Selepas tidak disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri ini. Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini, bersetuju memilih bekas ahli Parlimen Bachok, sebagai Senator bagi menggantikan Mohd Apandi Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Julai lalu. Pencalonan Nik Mohamad Abduh dikemukakan Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud, selepas Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara. Cadangan…
Read More