Kecewa, sedih Anwar label pengkhianat

SEREMBAN 9 Ogos – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan Dr Mohamad Rafie Ab Malek, kecewa dilabel  ‘pengkhianat’ oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana bertanding atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Bekas pemimpin PKR Cabang Seremban itu berkata, gelaran sedemikian tidak sepatutnya timbul memandangkan beliau antara individu yang mengasaskan PKR serta masih ada ketika ini, berbanding ramai lagi yang sudah berpindah ke parti lain. Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan berkata, gelaran sedemikian tidak sepatutnya timbul memandangkan beliau antara individu yang mengasaskan PKR serta…

Read More

“Saya sokong calon pada PRN”

SEPANG 9 Ogos – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kehadiran beliau pada kempen di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, adalah bagi membantu calon berkenaan iaitu Harisson Hassan. Katanya, kehadiran itu bukan bertujuan memilih parti sebaliknya membantu calon Perikatan Nasional (PN) itu yang juga kawan lama yang sama-sama menyertai UMNO pada akhir 90-an. “Ya, betul. Saya turun ke Jeram, baru-baru ini untuk membantu calon, bukan untuk memilih parti. “Ramai yang kata saya turun membantu PN dan sebagainya, tetapi saya rasa dalam pertandingan negeri, ada ruang untuk kita sokong calon,”…

Read More

Pusat berubah jika PN menang 6 negeri?

SETIU 9 Ogos –  Presiden Pas Abdul Hadi Awang, mengulangi dakwaannya bahawa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini akan membolehkan berlaku perubahan dalam kerajaan Pusat. Timbalan Pengerusi PN itu berkata, dakwaan itu berdasarkan terdapat sokongan daripada Ahli Parlimen di dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk dari Sabah dan Sarawak yang akan menyokong PN jika  memenangi PRN di enam negeri. Beliau mendakwa, Ahli Parlimen terbabit hanya menunggu masa untuk menyokong PN untuk membentuk kerajaan Pusat yang baharu termasuk sebahagian Ahli Parlimen UMNO yang…

Read More

“Sebak terkenangkan Ayah di Parlimen “

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Sayu dan sebak apabila Fatihah Salahuddin hadir ke Parlimen semalam bagi mencabut plat nama ayahnya, Allahyarham Salahuddin Ayub  yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu. Fatihah sebak kerana terkenangkan arwah ayahnya, Ahli Parlimen Pulai yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. “Saya memakai baju kemeja putih ayah ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat.Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam dewan, jatuh juga air mata mengenangkan ayah. Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk…

Read More

Amanah Kelantan yakin rampas 4 kerusi

KOTA BHARU 9 Ogos – Parti Amanah yakin mampu merampas empat daripada tujuh kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan Sabtu ini. Pengarah Pilihan Raya Amanah Kelantan,  Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata ia berdasarkan situasi semasa dan mengambil kira jumlah undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Katanya, empat kerusi berkenaan adalah DUN Kota Lama, Pengkalan Pasir, Kadok serta Temangan. “Empat DUN ini setakat hari ini mendahului berbanding tiga DUN lagi yang kita bertanding. Kalau mengikut pada PRU14, jika ditambah undi PH dan BN, ia…

Read More

UMNO parti picisan, BN terkubur?

KOTA BHARU : Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO hilang kekuatan apabila sekadar menjadi picisan di bawah naungan dua parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu, berkata UMNO tidak boleh lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu dan umat Islam. “UMNO bukan lagi parti yang memerintah negara tetapi hanya picisan yang duduk di bawah naungan dua parti politik yang membawa ideologi berbeza khususnya parti yang membawa dasar pluralisme, liberalis dan sosialis sementara UMNO memilih sekadar menjadi murid. “UMNO sekadar menjadi penumpang dan pelengkap kerana parti itu sudah tidak…

Read More

PRN medan ajar pengkhianat PKR

SEREMBAN 9 Ogos – Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan, Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini adalah medan untuk mengajar pengkhianat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presiden PKR itu turut mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Hulu Kelang yang masing-masing ditandingi oleh bekas pemimpin parti itu iaitu Dr Mohamad Rafie Ab Malek dan Mohamed Azmin Ali. “Ampangan penting kerana ada pengkhianatan dari dalam PKR. Di mana-mana saya ajar, satu hal yang tidak boleh diizinkan pengkhianatan dalam perjuangan. “Sebab itu saya dan (Pengerusi Barisan Nasional) Datuk Seri…

Read More

MUDA mahu peranan semak imbang

TANJONG 9 Ogos – Jika menang mana-mana tiga kerusi ditandingi di Pulau Pinang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengambil peranan pembangkang sebagai semak dan imbang untuk memastikan suara rakyat didengari. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ia adalah pendirian parti itu ketika ini meskipun kemungkinan besar gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan meraih majoriti selesa membentuk kerajaan negeri. “Dalam kedudukan itu, keutamaan saya, yang saya tetap akan bawa kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA untuk bercakap mengenainya, kita akan menjadi pembangkang kerana kita mahu semak dan imbang…

Read More