KUALA LUMPUR 5 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan, hari ini. Bukit Aman mengesahkan pihaknya atau di peringkat Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah tidak melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita berkenaan. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru meminta pihak media yang melaporkan itu membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan. “Tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada…
Read MoreDay: August 5, 2023
Jangan angkuh guna jentera kerajaan
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Anggota Kabinet yang mempunyai kelebihan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen perlu rendah diri, tidak berlagak dan menunjuk-nunjuk seolah-olah mereka yang membeli jentera itu menggunakan duit poket sendiri. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dalam kenyataan mengingatkan tentang amanah yang diberikan rakyat kepada mereka. “Sikap angkuh dan bongkak seperti yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri mungkin akan memakan diri sendiri kerana rakyat tidak akan bersetuju dengan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen,” kata BERSIH dalam satu kenyataan. Menurut BERSIH, penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan berkempen hendaklah…
Read MoreCalon Gerakan pula cabar Kon Yeow
TANJONG 5 Ogos – Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong bersedia menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, jika Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membatalkan projek tambak laut di selatan perairan negeri itu (PSI). Tong Keong yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak berkata, pendirian itu selepas mengambil kira impak ke atas rakyat Pulau Pinang susulan pelaksanaan PSI. Katanya, kesediaan itu antara lain dibuat selepas mempertimbangkan keengganan kerajaan Pulau Pinang membatalkan PSI, biarpun projek berkenaan menerima tentangan pelbagai pihak.…
Read MoreManifesto lapan inisiatif PN Negeri Sembilan
SEREMBAN 5 Ogos – Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menawarkan manifesto mengandungi lapan inisiatif yang akan dilaksanakan sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Timbalan Pengerusi PN, Ahmad Faizal Azumu, ketika mengumumkan manifesto berkenaan berkata antara tawaran itu termasuk inisiatif Bantuan Prihatin Peniaga Nismilan dengan peruntukan geran RM4 juta setahun kepada penjaja dan peniaga kecil. Selain itu Inisiatif Nismilan Muda akan diwujudkan bagi menyediakan latihan perniagaan digital kepada bakal usahawan muda dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. “Subsidi lesen motosikal B2 juga akan diberikan…
Read MoreMengundi adalah wajib
KOTA BHARU 5 Ogos – Mengundi adalah wajib yang tidak boleh ditangguh bagi mendapatkan kuasa politik untuk mempertahankan Islam, kata Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Justeru , beliau mengingatkan semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Ogos nanti. Merujuk mengundi tidak boleh ditangguh, Abdul Hadi mengambil contoh kisah Nabi yang sanggup menangguhkan ibadah umrah hanya kerana mahu merasmikan perjanjian Hudaibiah untuk mendapatkan kuasa politik dan selepas itulah baru menunaikan umrah. “Hukum wajib ini ada dua perkara iaitu wajib yang boleh ditangguh dan tidak boleh ditangguh. “Sebagai contoh isteri…
Read MoreBerita pilihan..
PM bukan anti-Kedah
BALING 5 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan bersikap anti-Kedah apabila enggan bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Beliau sebaliknya berusaha membawa pelaburan lebih besar kepada Kedah apabila firma Jerman, Infineon Technologies AG, bersetuju melabur lebih RM25 bilion di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech). “Beritahu mereka, mahu tak mahu saya sekarang Perdana Menteri…kena bincang elok-elok. “Ini mereka maki hari-hari, selepas itu cakap sudah tulis surat tiga kali kepada Anwar tetapi tak dijawab. Tak lapar saya…
Read MoreDah ada satu kes, jangan kena lagi
JITRA 5 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, supaya tidak sesekali memperlekeh pertemuan beliau dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Katanya, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) perlu sedar bahawa beliau sudah pun berdepan pertuduhan di mahkamah berikutan kenyataan yang dibuat berkait dengan Istana Selangor sebelum ini. “Awak (Sanusi) dah kena satu kes dengan Sultan Selangor, jangan sampai kena lagi (disiasat dan didakwa kerana kesalahan) dengan Sultan Kedah pula. “Senang sahaja buat dakwaan sebegitu, saya bukan sekali…
Read More