Polis nafi tahan, panggil Sanusi

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan, hari ini.

Bukit Aman mengesahkan pihaknya atau di peringkat Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah tidak melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita berkenaan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru meminta pihak media yang melaporkan itu membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan.

“Tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat ditambah dengan situasi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang dijalankan di negeri berkenaan,” kata satu kenyataan.

Sementara itu, semakan yang dibuat ketika isu ini heboh,, Menteri Besar Kedah itu sedang bersiaran secara langsung mengenai perkembangan politik menerusi platform TikTok Sir Azri (Papagomo) dalam program Sembang Santai.

Related posts

Leave a Comment