SHAH ALAM 22 Julai – Bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim mengumumkan demikian pada Majlis Pengumuman Calon PKR, di sini malam ini. Pengumuman itu sekaligus memberi bayangan saingan PRK di kerusi berkenaan akan menyaksikan pertaruhan calon Kerajaan Perpaduan dari PH, bukan Barisan Nasional (BN) seperti dijangkakan sebelum ini. Azan adalah Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu dan pernah menerajui kepemimpinan PKR Terengganu…
Read MoreDay: July 22, 2023
Aminuddin kekal MB jika PH-BN menang
SHAH ALAM 22 Julai – Pakatan Harapan (PH) sedia mencalonkan semula Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, jika gandingan PH dan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN). .Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata cadangan mencalonkan Aminuddin juga sudah dibincang dengan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Saya belum umum apa-apa (mengenai calon Menteri Besar Negeri Sembilan) pun sebab ambil masa (bincang) dengan rakan-rakan. “Selepas menyampaikan pandangan kita kepada Pengerusi BN dan Presiden UMNO, untuk kelangsungan di Negeri Sembilan, Aminuddin..maka kita…
Read MoreMB kekal, Altimet calon Lembah Jaya
SHAH ALAM 22 Julai – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan. Turut dicalonkan penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet, yang dinamakan sebagai calon PKR bagi DUN Lembah Jaya di bawah Parlimen Ampang. Bagaimanapun bagi DUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang berkhidmat selama tiga penggal di situ digugurkan dan diganti oleh Phua Pei Lei. Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika mengumumkan demikian berkata, PKR akan meletakkan 20 calon di Selangor pada PRN 12 Ogos ini. Katanya ,…
Read MoreMuda tanding 20 kerusi di 4 negeri
PETALING JAYA 22 Julai – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memuktamadkan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan menurunkan 20 calon untuk bertanding di empat negeri pada 12 Ogos ini. Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, parti itu meletakkan 14 calon di Selangor, tiga di Pulau Pinang, dua di Negeri Sembilan dan seorang lagi di Terengganu. “Ini adalah barisan calon kami, muda dan bertenaga, golongan profesional… 50 peratus adalah wanita,” katanya pada sidang media pengumuman 10 lagi calon Muda di sini hari ini. Pada majlis itu, Muda mengumumkan…
Read MorePejuang tidak bertanding PRN
KUALA LUMPUR 22 Julai – Selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengambil pendirian tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri pada 12 Ogos ini. Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir, mengakui kekalahan kali ketiga Pejuang selepas PRN Johor, Melaka seterusnya PRU15 menyebabkan parti itu sukar untuk ‘bangkit’. Justeru adalah lebih baik bagi Pejuang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan bagi menyertai PRU16 akan datang. Ditanya sama ada jika diberi peluang bertanding dalam PRN oleh Perikatan Nasional (PN), Mukhriz berkata, untuk tempoh…
Read MoreSenarai hitam The 1975, Good Vibes 2023 batal
KUALA LUMPUR 22 Julai – Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memutuskan menyenaraihitam The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini. Pada masa yang sama kerajaan juga mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung hingga esok. “KKD melalui JK-PUSPAL juga sudah membuat laporan polis terhadap artis terbabit dan pihak penganjur atas kecuaian serta kegagalan mereka mematuhi syarat-syarat yang sudah ditetapkan oleh PUSPAL. “Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur sudah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap…
Read MoreSelamat mengundi UMNO Permatang Pauh
SECARA berseloroh Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, beliau tidak akan balik kampung di Permatang Pauh jika semua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen itu dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. “Kalau kali ini tiga Dewan Undangan Negeri dalam Permatang Pauh menang kepada Perikatan Nasional, aku (Mohamad) tak mau balik kampung, malu nak balik,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya baru-baru ini. (Untuk rekod, Kampung Mat Sabu di Guar Petai.…
Read MoreLarangan aktiviti politik di masjid,surau
(Foto hiasan sahaja) SHAH ALAM 22 Julai – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan pentadbir masjid dan surau di negeri ini supaya tidak membantu atau terbabit dalam apa juga aktiviti yang berfokus politik sama ada di masjid atau surau. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata pihak berkenaan sebaliknya perlu menghalang daripada berlaku jika jelas secara tampak aktiviti atau program yang membabitkan calon parti bertanding; aktivis politik; gambar tokoh parti serta slogan dan lambang yang mewakili parti tertentu. “Selain itu, semua bentuk bahan kempen…
Read MoreBerita pilihan…
Muhyiddin sedia jumpa Anwar di mahkamah
KOTA BHARU 22 Julai – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak bersalah dan bersedia untuk berdepan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di mahkamah berhubung isu pelupusan hutang peneroka Felda. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan , beliau tidak takut Anwar Ibrahim walaupun disaman sebanyak RM200 juta. “Hari ini (semalam) saya dapat berita Anwar Ibrahim saman saya RM200 juta. Tidak lain tidak bukan, ia membabitkan isu peneroka Felda. “Saya tidak takut terhadap Anwar, tidak mengapa, biar kita pergi mahkamah kerana saya tidak bersalah,” katanya ketika berucap di Program Munajat Rakyat…
Read More