PRN: Jangan undi kerana duit

PUTRAJAYA 13 Julai – Bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bakal pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti supaya tidak tunduk kepada politik wang. Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, mereka harus lebih bertanggungjawab terhadap negara ini dan tidak tunduk kepada paksaan pihak tertentu untuk memberi undi. “Jangan buang undi sebab anda dapat duit (rasuah). Jika anda sayang negara ini, jangan jual negara kepada rasuah dan jangan babitkan diri dengan amalan rasuah,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Program Kepimpinan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Yayasan Kepimpinan Perdana,…

Read More

Kembalikan prestasi dana persaraan tentera

KUALA LUMPUR 13 Julai –  Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan menggesa pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengembalikan semula prestasi sebagai entiti yang menguruskan dana persaraan warga tentera dengan lebih baik demi memperkasa kebajikan golongan itu. Katanya, LTAT perlu menjadi pokok yang memiliki madu supaya entiti itu menjadi pujaan ramai yang meletakkan posisi mereka sebagai pengurus dana persaraan yang baik bagi warga tentera. Beliau berkata, bagi mencapai objektif itu, LTAT perlu beroperasi sebagai entiti yang bermaruah kerana kebelakangan ini sering dianggap bukan lagi produk yang premium dalam pasaran. Mohamad ketika…

Read More

Langkah mayat saya dulu – Tok Mat

KUALA LUMPUR 13 Julai – Menteri Pertahanan,  Mohamad Hasan mendedahkan ada pihak yang menggunakan ‘kabel’ dalam kalangan pemimpin tertinggi negara untuk membeli syarikat Pharmaniaga Bhd dengan harga murah. Kata Mohamad, pemilikan syarikat tersebut tidak wajar dilepaskan kepada pihak lain sebaliknya ia boleh diurus oleh pihaknya sendiri selepas Kementerian Pertahanan mengeluarkan berbilion ringgit untuk menjalankan perniagaan. Justeru, beliau mengambil langkah dengan tidak membenarkan urusan itu berlaku sambil menegaskan jika ada masih berdegil mahukan syarikat berkenaan, mesti ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu. Katanya, beliau terpaksa ‘bertegang urat’ dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri mengenai…

Read More

3R: Polis siasat MB Kedah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R, berkait agama, kaum dan institusi diraja. Ini termasuk kenyataan terbaharu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu yang didakwa menghina dan memperlekehkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu ucapan ketika berceramah pada program anjuran PN. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan demikian juga memaklumkan, sejak 27 Mac. Lalu, sebanyak 61 kertas siasatan berkaitan isu 3R dibuka  membabitkan ahli politik, bekas ahli politik dan…

Read More

STPM : 38 calon B40 catat 5A

SELAYANG 13 Julai – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Nasional Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 meningkat 0.03 mata kepada 2.82, berbanding 2.79 pada 2021 sekali gus mencatatkan PNGK Nasional tertinggi sejak STPM dilaksanakan. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata, seramai 1,184 atau 2.84 peratus calon mendapat PGNK 4.00 dengan jumlah itu mencatatkan peningkatan 310 pelajar manakala 85.22 peratus terdiri daripada golongan B40. Selain itu, katanya, peratusan longgokan calon STPM 2022 pada PGNK 3.75 dan ke atas ialah 9.59 peratus, diikuti PGNK 3.00 ke…

Read More

Amanah Selangor tanding 9 kerusi

SHAH ALAM 13 Julai – Amanah Selangor akan mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Izham Hashim. Katanya, Amanah diperuntukkan sembilan daripada 56 kerusi DUN di mana satu kerusi di Hulu Bernam, ditukar dengan Barisan Nasional (BN) manakala satu lagi kerusi Jeram diserah kepada BN. Dalam satu temu bual dengan Bernama, beliau memaklumkan, Amanah akan mempertahankan DUN Sabak, Meru, Pandan Indah, Hulu Kelang, Morib, Seri Serdang, Sungai Ramal dan Taman Templer. Katanya, jawatankuasa calon telah selesai memilih calon yang menampilkan…

Read More

Kerjasama Pemadam cegah dadah

PUTRAJAYA 13 Julai – Kementerian Perpaduan Negara, akan bekerjasama dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia,( Pemadam) dalam usaha memberi penerangan kepada masyarakat berhubung masalah dadah. Menterinya, Aaron Ago Dagang berkata, pihak Kementerian memandang berat masalah dadah yang berlaku di negara ini. Katanya, pencegahan amat penting dan Kementerian melalui agensinya yang ada akan bekerjasama dengan Pemadam dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah kepada diri, keluarga dan negara. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pemadam yang diketuai Pengerusi Wanita Pemadam Kebangsaan,  Jamelah A. Bakar kelmarin. Jamelah dan rakan-rakan strategik Pemadam melakukan…

Read More

Agong rasmi pesawat kargo A321 Teleport

SEPANG 13 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menghadiri majlis perasmian pesawat kargo A321 milik Teleport di sini malam tadi. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 8.30 malam disambut oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A  Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak. Dalam titah ucapan perasmian, baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada Capital A Bhd dan Teleport serta berharap perkhidmatan logistik mereka akan terus berkembang dan menguasai rantau Asia Tenggara. “Pesawat kargo A321F milik Teleport menonjolkan keupayaan syarikat…

Read More