JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan bagi membincangkan isu membakar kitab suci al-Quran di Stockholm Rabu lalu semasa umat Islam membuat persiapan meraikan Aidiladha. Menurut kenyataan yang diterbitkan melalui twitter rasminya semalam, mesyuarat itu akan diadakan di Jeddah di bawah undangan kerajaan Arab Saudi selaku pengerusi OIC. “Mesyuarat ini akan mengetengahkan tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap perlakuan membakar kitab suci al-Quran dan bagi menyatakan pendirian menolak perbuatan keji itu,” kata kenyataan itu. Pertubuhan itu turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan cela yang dilakukan oleh beberapa pelampau, dengan…
Read MoreDay: July 1, 2023
DAP pertimbang muka baharu
SEREMBAN 1 Julai – DAP mempertimbang calon muka baharu untuk mengisi kuota kerusi ditetapkan untuk parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke. Beliau berkata pertimbangan itu mengambil kira status sebahagian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sudah berkhidmat lebih dua penggal. “Saya sudah jelaskan bahawa dalam mana-mana pilihan raya perlu ada proses perubahan supaya ada muka-muka baharu dan ini perkara biasa dalam setiap pilihan raya. “Begitu juga untuk pilihan raya akan datang ini akan ada muka baharu, jadi bukan semua penyandang…
Read MoreMenteri ada pas VIP masuk KLIA
SEREMBAN 1 Julai – Setiap Ahli Jemaah Menteri mempunyai pas khas (VIP) untuk memasuki setiap ruang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, mereka boleh mengakses kawasan berkenaan meskipun tidak menaiki mana-mana penerbangan. Mengulas insiden kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing , Loke berkata, siasatan mendapati menteri berkenaan memasuki kawasan KLIA dengan diringi polis bantuan dan anggota keselamatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). “Semasa beliau berada di KLIA itu memang diiringi oleh polis bantuan dan anggota keselamatan MAHB. Dari…
Read MoreSKMM diminta siasat penyebaran video
PUTRAJAYA 2 Julai – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan di KLIA kelmarin.. Katanya , satu siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya, King Sing mendakwa, penyebaran video itu adalah tindakan sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan. “Punca tular ini saya boleh sahkan 100 peratus daripada Imigresen sendiri kerana saya…
Read MorePM seolah-olah tahu semua KXP – Sanusi
ALOR SETAR 1 Julai – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor membidas keengganan Anwar Ibrahim mendengar penjelasan mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dirancang sejak sembilan tahun lalu. Beliau berkata, Perdana Menteri sebaliknya membuat kenyataan seolah-olah mengetahui semua berkaitan projek itu. Sanusi juga percaya Anwar yang juga Menteri Kewangan kemungkinan besar hanya mendengar penerangan mengenai KXP daripada pihak tertentu yang sememangnya diketahui umum menentang projek itu. Katanya, semua hal yang menjadi alasan kepada Perdana Menteri untuk mengelak kelulusan itu sudah pun ditangani. “Perkara itu ditangani melalui beberapa siri…
Read MoreDUN Negeri Sembilan genap 5 tahun
SEREMBAN 1 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan hari ini, genap lima tahun selepas Persidangan DUN yang pertama diadakan pada 1 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei. Pembubaran DUN yang mempunyai 36 kerusi itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tidak lama lagi. Menteri Besar Aminuddin Harun pada Rabu mengumumkan tarikh pembubaran DUN itu, setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bagi memberi laluan PRN. Pada PRU14, Pakatan Harapan(PH) dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi…
Read MoreBerita pilihan…
Abdul Hadi terima rawatan
SEPANG 1 Julai – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor, kata anak sulungnya, Muhammad Khalil. Melalui hantaran di Facebooknya hari ini, Muhammad Khalil turut meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan. Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendapatkan rawatan. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata, Abdul Hadi sudah kelihatan uzur ketika pelancaran jentera pilihan raya Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN), baru-baru ini. “Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan…
Read MorePRN: Anwar harap sokongan Melayu
PERMATANG PAUH 1 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengundi di Pulau Pinang khususnya pengundi Melayu akan mengundi parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Perdana Menteri berkata, beliau berharap pengundi di Pulau Pinang akan pulih daripada terbawa-bawa dengan sentimen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, sebaliknya menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri. “Saya harap kawan-kawan (pengundi) Pulau Pinang, maklumlah, kadang-kadang terbawa-bawa sikit sentimen pada masa itu…dapat pulih balik dan kita nak Kerajaan Pulau Pinang ini (selari) Kerajaan Perpaduan…supaya kita boleh…
Read More