Lebih 2,000 alami keletihan haba

MAKKAH: Lebih 2,000 jemaah haji mengalami keletihan haba ketika menunaikan ibadah haji, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius, kemuncak musim panas padang pasir Saudi. Lebih 1.8 juta orang menunaikan ibadah haji, kebanyakannya diadakan di luar bangunan pada kemuncak musim panas padang pasir Saudi. Pegawai Saudi berkata, kira-kira 1,700 kes keletihan haba direkodkan pada Khamis, memandangkan sejumlah besar jemaah haji kekal di tapak suci, sehari selepas upacara utama selesai. Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah kes keletihan haba sejak awal hari ini mencecah 1,721. Justeru, Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggesa…

Read More

Melontar jamrah

SULTAN  Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan  Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah menyelesaikan rukun-rukun ibadah Haji. Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda  berdua berada di Mina dan telah melontar di Jamratul Kubra pada 10 Zulhijah. Bagi melengkapkan wajib Haji, baginda  berdua dan rombongan di bawah bimbingan petugas-petugas TH Travel & Services akan bermalam di Mina dan seterusnya melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyrik.

Read More

Halimah solat di Masjid Al-Mukminin di Jurong East

SINGAPURA 29 Jun –  Presiden Halimah Yacob dan suami, Mohamed Abdullah Alhabshee menunaikan solat Aidiladha tahun ini bersama penduduk di kawasan barat Singapura, iaitu Masjid Al-Mukminin di Jurong East. Beliau menyertai hampir 4,500 jemaah lain bagi menyempurnakan solat Aidiladha, solat Hari Raya terakhir Halimah sebagai presiden Singapura berikutan beliau untuk tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang. Halimah menghadiri sesi kedua solat yang bermula pada pukul 8.45 pagi. Beliau disambut Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Khairul Anwar, Superintenden Daerah Masjid (Barat), Dr Suhaimi Mustar dan…

Read More

Ibadah korban terjemahan rasa syukur

YOGYAKARTA 29 Jun – Ibadah korban yang dilaksanakan umat Islam hari ini, merupakan terjemahan rasa syukur dan ikhlas dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, kata Presiden Indonesia, Joko Widodo “Dengan berkorban kita mengucapkan syukur dan ikhlas atas nikmat dan rahmat dari Allah SWT. Semoga menjadi semangat untuk terus maju di bawah payung dan lindunganNya,” kata Jokowi dalam hantaran di akaun Instagram rasmi beliau, hari ini. Jokowi memberitahu, beliau bersama isteri, Iriana berkesempatan menunaikan solat sunat Aidiladha di sekitar halaman Istana Presiden Yogyakarta. Dalam perkongsian di Instagram juga, pemimpin nombor…

Read More

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan

PUTRAJAYA 29 Jun – Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan termasuk hospital, mulai Rabu, 5 Julai, katan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata individu positif Covid-19 dikehendaki (tidak diwajibkan) memakai pelitup muka ketika di klinik atau hospital serta di dalam pengangkutan awam. Pemakaian pelitup muka juga amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi  individu berisiko tinggi, semasa dalam pengangkutan awam dan individu yang bergejala respiratori. Menurut Dr Zaliha, arahan tempoh pengasingan kes Covid-19 juga dipendekkan dari tujuh…

Read More

PM solat Aidiladha di Masjid Putra

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim bersama isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha bersama jemaah lain di Masjid Putra, Putrajaya pagi ini Solat sunat ini dipimpin Imam Besar, Salahuddin Ghozali, dan turut disertai Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara,  Mohd Zuki Ali. Selesai solat sunat beliau  beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.  

Read More

Ketepikan ego demi kekuatan negara

KUALA LUMPUR 29 Jun – Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa, terutama dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir. Perdana Menteri berkata, menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri baginda Hajar dan anak baginda, Nabi Ismail dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, ia menjadi asas keyakinan dalam membawa amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa. “Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya. “Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan…

Read More